Tuesday, May 25, 2010

Here comes goodbye :') ;

Assalamualaikum wbt && Hye (:



Sorry I cannot hear you, I'm kinda busy.
K-kinda busy.
K-kinda busy.

Dah lama tak update(ayat yang sama je. Haha! :D). Takde mood sebenarnya nk bukak blog ni. Entah la. Macam-macam yang nak kene fikir(ni la keje part time aku : Memikirkan & memperbesar masalah yang tak seberapa :D).

Okay, first of all, aku tak dapat MARA. Takpe, takde rezeki. :) Someone told me, "Duduk Malaysia puas-puas dulu, nanti nak sambung, baru fly mana-mana...." Yeahh, seriously setuju dengan dye :)




Secondly, alhamdulillah. Aku dapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan :) Insyaallah aku akan ke sana. Rasanya either dalam minggu ni or minggu depan. Nak kemas barang-barang lagi. Doakan kejayaan aku eh :) Thanks in advance! :)

So, lepas ni, da jarang update blog, on Facebook, MySpace, formspring etc.
(Gah! Tak dapat bayangkan hidup tanpa internet -_-')

Ibu cakap, bawak la broadband tu. I was like, "Sape nak bayar nanti? Mahal kottt. Takpayah, takpayah -_-" Lagi pun, kalau ade internet, memang hilang la semua buku-buku nanti :D

So, lets start a NEW LIFE Mia! :)

Ohh, nak cakap thanks a BUNCH dekat semua yang still sudi jenguk blog ni. Even da lama tak update. Untuk yang jenguk lepas aku pergi matriks pun, thanks a LOT :)

Semoga korang semua berjaya dalam dunia blogging ni. Haha.

Last but not least, take a very good care of yourself okay! :)

And, I'm gonna miss all of you, especially :

And semua rakan blog yang aku kenal and tak kenal :D(yang takde dalam list, jangan merajuk pulak eh :D) Sayang korang semua :-*



Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


Till then. Bbye :')

Love,
Amirah Rashid

Thursday, May 13, 2010

Interview MARA 2010 ;

Assalamualaikum wbt. && Hye (:

Okay, ni cerita lama. Sebab interview ni berlangsung pada 27 April 2010, Selasa. Tapi, tak salah nak share pengalaman and sedikit tips kan? Eheh :D

Btw, tips ni more to yang dapat MARA tau (:




x TIPS 1 : Sebelum pergi interview.
  • Tolong la bangun awal, kalau rasa-rasa tak boleh sedar jugak, set alarm clock banyak-banyak bagi penuh satu bilik. Klik SINI and gerenti korang akan bangun lepas dengar.
  • Seeloknya gosok baju yang korang nak pakai malam before interview day. Nanti tak kelam kabut. And takpayah la gosok selicin-licinnye. Nanti komot jugak kan :P
  • Bersiap tu, ala kadar je. Jangan korang tempek bedak macam nak pegi opera cina dah la. Interviewers tu pun bukan nak tengok bedak korang.
  • Lelaki digalakkan pakai kemeja dengan slack, perempuan pulak baju kurung.
  • Kasut better yang bertutup. Elakkan bau busuk. Haha :P Perempuan, takpayah la pakai heels sampai berpuluh-puluh inci ye. And perempuan yang tak pakai tudung, rambut korang kena ikat dengan kemas.
  • Do some research on MARA, the course and the university yang korang nak. Nanti dye akan tanye. Selalunya lah.
  • Pastikan korang dah readykan semua dokumen yang diperlukan dalam 1 fail. And bawak jugak few photocopy.
  • Bawak sikit alat tulis, especially pen.
  • Digalakkan bawak air dengan gula-gula untuk elak rasa mengantuk.
  • Bagi orang Islam, solat subuh jangan lupa, and kalau boleh, solat hajat sekali. Doa dengan selawat juga jangan lupa (:
  • Jangan lupa breakfast! Maybe takde selera nak makan pagi tu, tapi, at least makan roti and minum susu or milo. Energy itu penting. And so brain korang boleh function well.
  • Salam and mintak restu/berkat/doa parents korang agar semua berjalan lancar.
  • Pastikan korang dah tau macam mane nak sampai dekat tempat interview tu. Nanti takdelah sampai lambat sebab sesat.
  • Keluar awal. Malaysia kan selalu sesak pagi-pagi. Lain la kalau korang ade private jet or telikopter macam Doraemon punya tu.
  • Time betul-betul dah nak bertolak tu, buat last check untuk semua benda, especially dokumen penting tu.
x TIPS 2 : Apabila sampai tempat interview & semasa tunggu giliran.
  • Pergi tempat pendaftaran. Cek nama kita. Isi segala borang yang dye bagi. Serahkan segala dokumen yang dye mintak.
  • Selagi tak diarahkan naik tempat interview tu, duduk bawah sambil bersuai kenal dengan budak-budak lain. Nanti dapat la tambah kawan korang dekat fesbuk tu. Hahah :D
  • Sentiasa peka and dengar ape yang orang tu cakap. Takut-takut nanti korang leka and tak perasan giliran korang dah sampai.
  • Pastikan korang tau korang dapat sesi berapa and panel berapa :)
  • Again, banyakkan bertenang, jangan nervous sangat. Selawat banyak-banyak. Zikir pun boleh :)
x TIPS 3 : Semasa interview.
  • Mulakan langkah dengan doa untuk yang Islam. Tenangkan diri, jangan nervous sangat.
  • Masuk bilik panel yang betul.
  • Ketuk pintu dua kali sahaja. I mean, "tok tok". Bukan "tok tok tok". Sebab dengar cite, kalau ketuk 3 kali, macam rude sikit. Entah la -.-
  • Salam interviewers tu. Laki salam laki. Perempuan salam perempuan.
  • Duduk dalam keadaan selesa. Jangan bongkokkan or sengetkan badan. Nanti nampak macam orang malas.
  • Serahkan dokumen yang diperlukan. Tangan kanan ye :D
  • Pandang mata interviewers tu. Ini akan buat kite nampak yakin and tak takut.
  • Jawab soalan dengan tenang and yakin. Kalau tak dapat jawab, pause sekejap and fikir.
  • Elakkan 'ummm' 'aaaa' 'errr' etc. Sebab ni bukan kelas vokal ye.
  • Jangan banyak sangat buat gaya tangan time jawab soalan. Ni bukan pidato :D
  • Kalau dye tanya kelemahan kita, bagi je tau. But, cover balik dengan cakap "But I'll try to improve myself". Nampak la yang kita ni seorang yang berusaha untuk memperbaiki diri :P
  • Selalunye diorang akan tanya kita ada ape2 soalan nak tanya tak? Seriously, tolong la tanye. Satu pun jadi la. Baru la nampak kita betul2 nak scholarship ni and minat dengan bidang yang kita nak amek tu :)
  • Lastly, dah habis sesi interview tu, cakap thanks and salam lagi sekali dengan diorang. Jangan korang mintak fesbuk dye dah la. Haha :D
  • Keluar bilik tu, tarik nafas lega and ucaplah alhamdulillah :)
  • Sentiasa berdoa agar kita dapat scholarship tu. Insya'Allah :)
Fuhh, panjang pulak tips ni. Harap-harap dapat la membantu sedikit sebanyak untuk sape2 yang akan pergi interview nanti :)

And now, nak cerita ape yang berlaku or kenangan-kenangan hari interview aku tu :)
  1. Tempat interview dekat Anggerik Mall, Shah Alam. Nasib baik pagi tu tak jammed sangat. Cuma kitorang bertolak lambat sikit sebab ade prob dengan dokumen2 yang kene bawak tu.
  2. Ayah call orang tu, tanye dekat mane bangunan tu, dye kate dekat2 dengan Maybank. Okay. Mula2 da nampak satu Maybank. Tapi, jalan depan sikit lagi, jumpa satu Maybank lagi. What the? -.- Tapi ayah dengan confidentnye cakap tempat tu dekat dengan Maybank yang mula2 tu. So, pegi jela dekat situ.
  3. Masuk bangunan tu, tanye guard tu mana office MARA? Dye cakap takde. Yeah. Maknenye tempat tu dekat dengan Maybank lagi satu tu -.-
  4. Aku terpaksa berjalan kaki dengan fail & bag dekat tangan around 2km maybe? Sebab ayah kate kalau nak naek kereta, takut dekat sana takde parking -.- I was like, "Ayahhh, adik pakai heels niiiiii....." (cakap dalam hati je). And sampai sana, TAKDE lagi parking -.- (banyak parking la maknenye).
  5. Dengan berpeluh-peluh, pergi daftar. And what a 'lucky' day! Dapat sesi pukul 11. Time tu dah pukul 11.10! Borang yang nak kena isi, astaga. Ber-page-page -.-'' Tapi, isi jugak lah kan.
  6. Time nak serahkan borang, orang tu cakap tak lengkap. Surat beranak ayah dengan ibu takde. Nasib baik ayah bawak copy. Then, serahkan balik. And dye suruh naik tingkat 3.
  7. Jalan-jalan cari lif. Tak jumpe! Naik jela tangga tu -.-
  8. Sampai atas, kena daftar lagi. Lepas tu baru la dapat duduk and kenal-kenal dengan orang lain. Ade 4 orang sebelum turn aku. So, takdelah rasa cuak sangat.
  9. Akhirnye turn aku sampai and masuk la bilik panel tu. Okay, rasa macam geram gilaaa sebab aku lupa nak salam orang tu and terus duduk! -.-'
  10. Kerusi tu pulak jenis yang boleh goyang-goyang tu. And aku keep on goyang kanan, kiri, kanan, kiri. Adoii -.-'
  11. Soalan yang aku dapat pun, kira tahap okay. Tak tough gila2 :)
  12. Again, aku lupa nak salam orang tu lepas dah habis -.-
  13. But, alhamdulillah, aku dapat panel yang baik, sporting and friendly(sorang lelaki and sorang perempuan). Ade satu incident yang lawak berlaku. Tapi taknak la cerita sini. Haha. Nak tergelak je bila ingat balik :D :D :D
So, sampai sini ajelah post ni. Again, harap dapat membantu sape2 yang baca. And takpayah la takut dengan interviewers tu. Diorang baik la. Tak makan orang pun :)

Ohh, btw, result MARA ni keluar 17 May 2010 kalau tak silap. Yeahh. Cuak gilaaaaa -.-' Wish me luck and doakan aku eh :) Thanks :)

Till then, bbye! :)

    Wednesday, May 12, 2010

    Balik dari hospital, terus jatuh sakit. ;

    Assalamualaikum wbt. && Hye (:


    Pagi tadi ikut Hafizah, my bf buat medical check up dekat Damai Service Hospital, Melawati. Dye akan masuk UiTM Machang, Kelantan hujung bulan Jun nanti. So, better buat awal. Nanti tak lah kelam-kabut.

    Aku pergi sana buat ape? Teman dye je :P Sebab aku belum dapat tawaran mana-mana lagi. So, buat ape nak buat medical check up sekali kan? :D

    Sementara tunggu Fiza dating dengan doktor tu, aku lepak dekat ruang menunggu tengok gelagat tiga beradik main dekat akuarium yang ade dekat situ. Comel gila diorang(macam aku. Haha :D)

    Yang aku geramnye, ade sorang abang ni dekat main counter tu asyik tengok-tengok aku je -.-. Pelik ke kalau orang pakai selendang hitam, tee biru, cardigan biru, seluar hitam, kasut putih? -.- Sekali aku pandang dye, dye buat-buat pandang tempat lain. Takut ke bro? -.- Last-last, aku buat tak tau and dengar lagu dekat phone je.



    Ohh. Btw, aku baru tau kalau nak buat X-Ray,

    Kena 'free'kan badan from pusat ke atas! You know what I mean right? Nothing on your body except for the cloth untuk X-Ray tu. :O Tudung pun kena bukak! :O :O

    Aiyaa, ni yang taknak buat medical check up ni -.-

    So, wahai pihak hospital, biar la doc perempuan handle perempuan and vice versa. Please?

    Balik from hospital tu, my flu getting worse. And terus rasa macam demam. Ni yang tak suka ni. Because I HATE MEDICINES! -.-

    But, still nak berjalan lagi and kitorang pergi lunch dekat JJ AU2 :)

    ---------------------------------------------------


    Ini la dinner aku. Macaroni Cheese :D. Bukan main payah nak buat. Asyik call Fiza je tanya macam mana nak buat. Padahal ade je instructions dye dekat belakang tu. :P

    Last-last, siap jugak. Ni la hasilnya......

    Ade nampak macam cacing tak? Bhahaha :D

    Okay, seriously, benda ni sedap(tengok la sape yang masak kan? :P). Tapi cepat muak la. And sampaikan tengah taip ni pun, tak habis-habis lagi makan -.-

    Ade sape-sape nak? Haha. :P

    Err, better aku stop sekarang. Hingus dah makin meleleh-leleh keluar ni.

    And sorry tak dapat jenguk blog korang malam ni. But I'll try untuk jenguk jugak. Till then, bbye. Nyte (:

    Tuesday, May 11, 2010

    Ini interview ke ape? :D ;

    Assalamualaikum wbt. && Hyee! :D

    First of all, nak cakap thanks sangat-sangat dekat rakan blogger yang sudi men-tag aku. Rasa macam banyak je kene tag. Tapi asyik tangguhkan je -.- Sorry guys. And, sorry lagi sekali sebab tak dapat nak buat tag korang yang dulu-dulu tu. Sebab sekarang pakai laptop baru. Semua link tag yang disimpan ade dekat laptop lama. Isk isk. Sedih :/



    So, hanya tag ni yang dapat dikenal pasti sebab tuan yang bagi ni pun tinggalkan link dekat comment.

    Thanks to Kyuubi yang perasan hensem untuk tag ni. Haha :P

    So, here we go......


    What is your full name?
    x Jap, mane IC aku eh? Haa. Jumpe dah. My name is Nur Amirah Nabilah

    When is your birthday?
    x 20 January 1992. Selalu orang tak ingat. Sobs sobs :(

    What is your daddy's name?
    x Mohd Rashid

    What is your your mum's name?
    x Normala

    How many siblings do you have?
    x Only 3. Including me (:

    Where do you live?
    x Kuala Lumpur

    Your favourite colour(s).
    x Blue, black, purple and PINK!

    Still studying?
    x Not yet. Still waiting for any offer.

    Do you have a bestfriend?
    x Yeahh :D

    Do you love them?
    x Indeed!

    Pop or jazz?
    x Pop-corn :P

    Chicken or beef?
    x Chicken

    Coke or 100plus?
    x 100 Plus (pengganti ubat since I hate medicine!)


    What brand is your purse?
    x Milk Teddy

    How much do you have in your wallet right now?
    x Err. RM10 I guess :P

    High heels or flat?
    x Flat. I hate heels!


    Skirts or jeans?
    x Jeans

    Shirt or blouse?
    x Shirt

    Watch or bracelet?
    x Watch

    Favourite watch's brand?
    x Swatch, sebab design dye semua lawalawaaaaa :D

    Do you have girlfriend?
    x Yes (kawan perempuan kan :P)

    Do you have a boyfriend?
    x The special one takde. Ade sesape nak masuk line? Wakaka :P

    Did you love her?
    x Yes bebeh! Mmuahhxoxo :-*

    Did you ever kiss him?
    x No laa -.- (boyf pun takde, nak kiss apenye?)

    Facebook or Myspace?
    x Facebook :)

    What is your dream?
    x To be a Crime Scene Investigator(CSI). And of course nak berjaya dunia akhirat :)

    Please tagged other ten friends of yours :
    x Rasenye dah ramai yang dah buat benda ni. So, takpayah tag la kan :)

    Monday, May 10, 2010

    Man U menang, Chelsea kalah. Sobs sobs :( ;

    Assalamualaikum wbt. && Hyee! :D

    Tajuk tu, nak kasi gempak je :P Bagi la chance dekat fans MU merasa kan? Hihi. Kejam jugak aku ni kan? :P

    "A hat-trick from Didier Drogba, two from Nicolas Anelka and one apiece from Frank Lampard, Salomon Kalou and Ashley Cole made it a championship-clinching day to remember :)"


     Muka-muka pemenang :D

    Memang enjoy gila tengok game diorang semalam. Even geram bila Chelsea gol, MU pun seboksebok nak gol -.-' But, a winner, always a winner! And they deserve the title! :D

    Its not 4-0 but, 8-0 babyyy! What a wonderful game to watch! :D *Ahh, I can't stop smiling while typing this :) :) :)

    Erk? Lampard, you buat I jeless -.-

    Eee, noty sape yang jatuhkan laki I ni. Babab karang baru tau.


    Tamat sudah perjalanan EPL,
    Bergembira hanya untuk seketika,
    Mari kita teruskan usaha,
    FA Cup kini menjadi tumpuan!.
    (ni sajak or pantun pun aku taktau :P janji ade :P)

    **
    Minute detail : HERE
    Match Report : HERE

    -------------------------------------------------------




    Walaupun happy dengan kemenangan Chelsea semalam. Aku still sedih. Sobs sobs. My best friend, Faezah pergi matriks hari ni :') Yeahh, memang still boleh jumpe, tapi tak sekerap dulu lagi :(.

    Aku doakan semua kawan aku yang pergi matriks or UPU or Form 6 ALL THE BEST! And take care dekat tempat baru. Jangan lupekan aku dekat sini eh. Sayang korang sampai bila-bila :-* :-*

    Sunday, May 9, 2010

    Hari ini hari Ibu, esok hari Isnin :P ;

    Assalamualaikum wbt && Hyeee! :D

    Dah lama tak update. Takde mood sebenarnya. Plus, selalu hangout dengan kawan, almost setiap hari. Balik rumah penat, dapat bukak Facebook je. (Alasan orang malas, macam ni la. Haha :D)

    So, entry ni ditujukan khas untuk my Ibu bebeh,

    Normala bt. Abu Hussain<3
     
    Ibu, terima kasih sebab melahirkan adik dekat dunia ni. Sembilan bulan ibu bawak adik ke hulu ke hilir. Walaupun adik tak tau rasa dye macam mana(or maybe soon adik akan tau, haha :D) adik dapat rasakan mesti penat gilaaa kan? Itulah kasih & sayang yang ikhlas setiap ibu kepada anak-anaknya. Tak pernah  mengeluh and rasa penat. Adik sayang ibu :-*

    Ohh, terima kasih jugak sebab melahirkan dua orang lelaki, along dengan baby. Walaupun kitorang selalu gaduh, main kejar-kejar dalam rumah semata-mata nak berebut remote control astro. And disebabkan tu, ibu sanggup beli remote control banyak-banyak so kitorang tak berebut lagi. Tapi tak lama lagi, jahanam la TV tu. Haha :D Adik sayang ibu :-*

    Disebabkan adik sorang je anak perempuan ibu, sometimes rasa macam bosan. Sebab takde kawan nak kongsi rahsia, cerita. Nak cerita dengan ibu adik segan. Hihi :P But, kalau boleh, memang taknak ade adik beradik perempuan yang lain. Sebab nanti kene kongsi barang la, kongsi itu, kongsi ini. Haha :D Adik sayang ibu :-*

    Adik ingat lagi time adik demam panas masa kecik-kecik dulu. Ibu sanggup berjaga malam, jaga adik. Masa adik kene chicken pox, ibu bersusah payah cari daun ape tah sebab taknak bagi rasa gatal. Your sacrifices are countless ibu :') Adik sayang ibu :-*
     
    And, adik ingat lagi ibu pernah mengajar adik time darjah 2. Ibu ajar muzik. Dalam kelas, depan kawan-kawan, adik panggil ibu 'cikgu'. Rasa pelik and kelakar pun ade jugak. Haha. Tapi, kalau takde orang, baru adik panggil 'ibu' :P Adik sayang ibu :-*

    Tak dapat adik bayangkan macam mana hidup adik kalau ibu dah takde dekat dunia ni.
    • Nanti siapa yang nak tolong tengokkan selendang adik okay ke tak?
    • Nanti siapa yang nak cakap "Bila nak belajar masak ni?"
    • Nanti siapa yang nak marah-marah adik kalau adik drive tak betul?
    • Nanti siapa yang nak suruh adik tolak troli dekat supermarket?
    • Nanti siapa yang nak suruh adik tolong taip nama student2 ibu?
    • etc.
    Yang paling adik terharu, ibu dengan ayah sanggup ulang alik pergi Pejabat Kementerian, Pejabat MARA, etc. sebab nak uruskan pasal result SPM adik tu :') And sometimes, bila adik rasa give up, adik buat tak endah je ape yang ibu usahakan. Sampaikan kite tak bercakap selama 2 hari. Adik mintak maaf sangat-sangat :'( Adik tak bermaksud nak buat macam tu sebab kadang-kadang adik rasa dah tak larat nak fikir pasal ni. Tapi bila fikirkan ape yang ibu dengan ayah dah buat, adik rasa bersalah sangat. Adik sayang ibu :-*

    Terlalu banyak kalau nak tulis pasal ibu dekat sini. Sebab dah 18 tahun ibu jadi ibu adik :') But, no matter what, you're the best among the best! No one can replace you. There's only one thing I'm hoping for, please be by my side till my last breathe, ibu :') Adik akan selalu doakan yang terbaik and untuk kesejahteraan ibu dunia & akhirat. Adik sayang ibuuuuu! :-*

    Selamat Hari Ibu untuk ibu adik && semua ibu di dunia ini :)

     
    Mothers hold their children's hands for a short while, but their hearts forever.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Designed by 100 Web Hosting