Assalamualaikum wbt.
&& Hye.
*fuhh fuhh. tiup tempat dah berhabuk ni*
Hati manusia ini sangat sensitif. Tolong lah cuba untuk memahami jika kita mahu difahami. Berdiam diri bukan bermakna membenci. Berdiam diri juga bukan bermakna kita mengalah. Bukan bermakna kita lemah. Hidup ini sentiasa ada banyak pilihan. Tapi, jika hanya dua pilihan yang berada depan mata, dalam fikiran, kita pasti akan pilih yang tidak elok, terutamanya pabila pilihan itu disandarkan kepada seseorang yang kita
not feeling comfortable with atau yang kita tak suka lah senang cerita.
Percayalah. Berdiam diri adalah lebih baik daripada meluahkan segala yang terpendam dalam hati, dalam kalbu, dalam fikiran. Walaupun dengan melakukan perkara itu, kita akan melukai diri sendiri. Tapi, itu lebih baik daripada kita menyakiti orang lain. Kan?
Kita bukan Tuhan yang boleh tahu segala yang terpendam dalam hati seseorang. Jadi tolong. Tolong jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kebenaran memang pahit untuk diterima, untuk ditelan. Lebih pahit kalau tidak diterima dengan hati yang terbuka.
Mulut tidak bersuara. Tapi perbuatan kita mampu menzahirkan segalanya, termasuk yang kita cuba sembunyikan. Sebab perasaan dan nafsu jahat itu yang mengawal diri kita. Oleh kerana itu, kesabaran sangat-sangat diperlukan bagi menghadapi situasi seperti ini.
"Tak penat ke pendam masalah ni lama-lama?"
Memang pembohong besar
if cakap tak. Tapi kita manusia biasa. Ada perasaan takut. Takut untuk menerima kemungkinan yang bakal menjelma. Takut bukan bermakna kita pengecut. Tapi kerana kita tidak mahu kebarangkalian kesudahan yang tidak diingini itu berlaku dan mengeruhkan lagi keadaan.
Buka hati, buka minda. Pandang dan fikir daripada pelbagai sudut yang berbeza. Jangan hanya berfikir atas kehendak diri sendiri. Letakkan diri kita pada tempat orang lain dahulu, rasai dan selami segala apa yang mungkin dia rasai dan fikir jika kita lakukan sesuatu terhadapnya.
Jika sakit yang kita rasai, ketahuilah bahawa dia juga akan merasakan benda yang sama. Begitu juga sebaliknya.
Memang. Memang manusia adalah sebaik-baik kejadian, makhluk Allah. Tapi kita tidak sempurna. Kerana hanya Dia yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan. Tapi, manusia itu sendiri dilahirkan daripada satu hubungan yang bahagia dan gembira. Jadi, mengapa kita harus membenci antara satu sama lain?
Berterus-teranglah jika terdapat sebarang perkara yang kita tidak suka atau tidak puas hati. Jangan putar belit cerita.
Don't pretend like nothing was happened. Sebab kita akan buat orang berburuk sangka dengan kita, seterusnya menambahkan dosa kita dan juga orang yang berburuk sangka itu.
Penyakit hati ini memang tiada ubat yang khusus. Ya, zikir dan doa itu makanan rohani dan hati. Tapi, jika akal tidak mampu membezakan yang baik, yang buruk, penyakit ini mampu menjadi kronik dan mungkin tiada penawarnya.
Sebab itu, sebelum nak lakukan apa-apa perkara sekalipun, fikir, fikir dan fikir sedalam-dalamnya terlebih dahulu. Minta petunjukNya. Doa hanya kepadaNya. Insya'Allah. Dia akan membimbing kita ke jalan yang lurus. Jalan yang benar. Tiada kepalsuan.
---------------------------------------------------------
Post ini tidak ditujukan secara khusus kepada sesiapa pun, sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Malah ianya lebih kepada peringatan untuk diri aku sendiri. Sebab aku sedar aku banyak buat salah. Dengan orang sekeliling aku. Tapi aku lebih memilih untuk berdiam diri. Dan segala tindakan yang aku ambil, yang aku buat, adalah selepas aku fikir masak-masak. Tiada siapa yang tahu apa yang aku fikir, apa yang aku rasa melainkan Tuhan yang SATU. Jadi tolong. Tolong jangan tuduh melulu melainkan kau mendapat mukjizat atau wahyu Allah yang melayakkan untuk kau buat demikian.
Ingatlah, kesalahan sesama manusia ini, Allah SWT takkan ampunkan selagi orang tersebut tidak memaafkan kita. Mahu ke kita, jika hanya satu langkah sahaja lagi untuk kita masuk ke dalam syurga Allah, kita ditahan kerana terdapat dosa kita yang belum dimaafkan lagi oleh manusia lain? Nauzubillah min zalik :"/
Akhir kata, muhasabah lah diri kita sebelum tidur setiap malam. Ampunkan semua orang dan halalkan segalanya. Kerana kita tidak pasti, masih adakah hari esok untuk kita.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sama-sama berubah dan berjuang lillahi ta'ala. Insya'Allah... (":