Thursday, May 13, 2010

Interview MARA 2010 ;

Assalamualaikum wbt. && Hye (:

Okay, ni cerita lama. Sebab interview ni berlangsung pada 27 April 2010, Selasa. Tapi, tak salah nak share pengalaman and sedikit tips kan? Eheh :D

Btw, tips ni more to yang dapat MARA tau (:




x TIPS 1 : Sebelum pergi interview.
  • Tolong la bangun awal, kalau rasa-rasa tak boleh sedar jugak, set alarm clock banyak-banyak bagi penuh satu bilik. Klik SINI and gerenti korang akan bangun lepas dengar.
  • Seeloknya gosok baju yang korang nak pakai malam before interview day. Nanti tak kelam kabut. And takpayah la gosok selicin-licinnye. Nanti komot jugak kan :P
  • Bersiap tu, ala kadar je. Jangan korang tempek bedak macam nak pegi opera cina dah la. Interviewers tu pun bukan nak tengok bedak korang.
  • Lelaki digalakkan pakai kemeja dengan slack, perempuan pulak baju kurung.
  • Kasut better yang bertutup. Elakkan bau busuk. Haha :P Perempuan, takpayah la pakai heels sampai berpuluh-puluh inci ye. And perempuan yang tak pakai tudung, rambut korang kena ikat dengan kemas.
  • Do some research on MARA, the course and the university yang korang nak. Nanti dye akan tanye. Selalunya lah.
  • Pastikan korang dah readykan semua dokumen yang diperlukan dalam 1 fail. And bawak jugak few photocopy.
  • Bawak sikit alat tulis, especially pen.
  • Digalakkan bawak air dengan gula-gula untuk elak rasa mengantuk.
  • Bagi orang Islam, solat subuh jangan lupa, and kalau boleh, solat hajat sekali. Doa dengan selawat juga jangan lupa (:
  • Jangan lupa breakfast! Maybe takde selera nak makan pagi tu, tapi, at least makan roti and minum susu or milo. Energy itu penting. And so brain korang boleh function well.
  • Salam and mintak restu/berkat/doa parents korang agar semua berjalan lancar.
  • Pastikan korang dah tau macam mane nak sampai dekat tempat interview tu. Nanti takdelah sampai lambat sebab sesat.
  • Keluar awal. Malaysia kan selalu sesak pagi-pagi. Lain la kalau korang ade private jet or telikopter macam Doraemon punya tu.
  • Time betul-betul dah nak bertolak tu, buat last check untuk semua benda, especially dokumen penting tu.
x TIPS 2 : Apabila sampai tempat interview & semasa tunggu giliran.
  • Pergi tempat pendaftaran. Cek nama kita. Isi segala borang yang dye bagi. Serahkan segala dokumen yang dye mintak.
  • Selagi tak diarahkan naik tempat interview tu, duduk bawah sambil bersuai kenal dengan budak-budak lain. Nanti dapat la tambah kawan korang dekat fesbuk tu. Hahah :D
  • Sentiasa peka and dengar ape yang orang tu cakap. Takut-takut nanti korang leka and tak perasan giliran korang dah sampai.
  • Pastikan korang tau korang dapat sesi berapa and panel berapa :)
  • Again, banyakkan bertenang, jangan nervous sangat. Selawat banyak-banyak. Zikir pun boleh :)
x TIPS 3 : Semasa interview.
  • Mulakan langkah dengan doa untuk yang Islam. Tenangkan diri, jangan nervous sangat.
  • Masuk bilik panel yang betul.
  • Ketuk pintu dua kali sahaja. I mean, "tok tok". Bukan "tok tok tok". Sebab dengar cite, kalau ketuk 3 kali, macam rude sikit. Entah la -.-
  • Salam interviewers tu. Laki salam laki. Perempuan salam perempuan.
  • Duduk dalam keadaan selesa. Jangan bongkokkan or sengetkan badan. Nanti nampak macam orang malas.
  • Serahkan dokumen yang diperlukan. Tangan kanan ye :D
  • Pandang mata interviewers tu. Ini akan buat kite nampak yakin and tak takut.
  • Jawab soalan dengan tenang and yakin. Kalau tak dapat jawab, pause sekejap and fikir.
  • Elakkan 'ummm' 'aaaa' 'errr' etc. Sebab ni bukan kelas vokal ye.
  • Jangan banyak sangat buat gaya tangan time jawab soalan. Ni bukan pidato :D
  • Kalau dye tanya kelemahan kita, bagi je tau. But, cover balik dengan cakap "But I'll try to improve myself". Nampak la yang kita ni seorang yang berusaha untuk memperbaiki diri :P
  • Selalunye diorang akan tanya kita ada ape2 soalan nak tanya tak? Seriously, tolong la tanye. Satu pun jadi la. Baru la nampak kita betul2 nak scholarship ni and minat dengan bidang yang kita nak amek tu :)
  • Lastly, dah habis sesi interview tu, cakap thanks and salam lagi sekali dengan diorang. Jangan korang mintak fesbuk dye dah la. Haha :D
  • Keluar bilik tu, tarik nafas lega and ucaplah alhamdulillah :)
  • Sentiasa berdoa agar kita dapat scholarship tu. Insya'Allah :)
Fuhh, panjang pulak tips ni. Harap-harap dapat la membantu sedikit sebanyak untuk sape2 yang akan pergi interview nanti :)

And now, nak cerita ape yang berlaku or kenangan-kenangan hari interview aku tu :)
  1. Tempat interview dekat Anggerik Mall, Shah Alam. Nasib baik pagi tu tak jammed sangat. Cuma kitorang bertolak lambat sikit sebab ade prob dengan dokumen2 yang kene bawak tu.
  2. Ayah call orang tu, tanye dekat mane bangunan tu, dye kate dekat2 dengan Maybank. Okay. Mula2 da nampak satu Maybank. Tapi, jalan depan sikit lagi, jumpa satu Maybank lagi. What the? -.- Tapi ayah dengan confidentnye cakap tempat tu dekat dengan Maybank yang mula2 tu. So, pegi jela dekat situ.
  3. Masuk bangunan tu, tanye guard tu mana office MARA? Dye cakap takde. Yeah. Maknenye tempat tu dekat dengan Maybank lagi satu tu -.-
  4. Aku terpaksa berjalan kaki dengan fail & bag dekat tangan around 2km maybe? Sebab ayah kate kalau nak naek kereta, takut dekat sana takde parking -.- I was like, "Ayahhh, adik pakai heels niiiiii....." (cakap dalam hati je). And sampai sana, TAKDE lagi parking -.- (banyak parking la maknenye).
  5. Dengan berpeluh-peluh, pergi daftar. And what a 'lucky' day! Dapat sesi pukul 11. Time tu dah pukul 11.10! Borang yang nak kena isi, astaga. Ber-page-page -.-'' Tapi, isi jugak lah kan.
  6. Time nak serahkan borang, orang tu cakap tak lengkap. Surat beranak ayah dengan ibu takde. Nasib baik ayah bawak copy. Then, serahkan balik. And dye suruh naik tingkat 3.
  7. Jalan-jalan cari lif. Tak jumpe! Naik jela tangga tu -.-
  8. Sampai atas, kena daftar lagi. Lepas tu baru la dapat duduk and kenal-kenal dengan orang lain. Ade 4 orang sebelum turn aku. So, takdelah rasa cuak sangat.
  9. Akhirnye turn aku sampai and masuk la bilik panel tu. Okay, rasa macam geram gilaaa sebab aku lupa nak salam orang tu and terus duduk! -.-'
  10. Kerusi tu pulak jenis yang boleh goyang-goyang tu. And aku keep on goyang kanan, kiri, kanan, kiri. Adoii -.-'
  11. Soalan yang aku dapat pun, kira tahap okay. Tak tough gila2 :)
  12. Again, aku lupa nak salam orang tu lepas dah habis -.-
  13. But, alhamdulillah, aku dapat panel yang baik, sporting and friendly(sorang lelaki and sorang perempuan). Ade satu incident yang lawak berlaku. Tapi taknak la cerita sini. Haha. Nak tergelak je bila ingat balik :D :D :D
So, sampai sini ajelah post ni. Again, harap dapat membantu sape2 yang baca. And takpayah la takut dengan interviewers tu. Diorang baik la. Tak makan orang pun :)

Ohh, btw, result MARA ni keluar 17 May 2010 kalau tak silap. Yeahh. Cuak gilaaaaa -.-' Wish me luck and doakan aku eh :) Thanks :)

Till then, bbye! :)

    25 comments:

    BaDBoYs said...

    gosok gigi betul2 dan jangan lupa makan benda yg boleh hilangkan bau mulut....bawak ubat ketiak sekali, cuci kaki betul....hehehe. thanks sebab share...

    Amirah Rashid said...

    badboys ; haha. betul tu. kene wangi sentiasa ;D thanks jgk sbb sudi menambah tips :D

    Encik Psychopath said...

    tak efisyen langsung la tips dye .

    =.=" rumit.

    missgee said...

    Semoga Berjaya..(^.^)

    P/s: Bila makan besar jgn lupa belanja aku..Ada beraniii???hehehe

    SYAFIQAHSALEH said...

    dear interview MARA tuk jadi doc or engin?? btw,good luck ok :))

    QaRaMi HasHim said...

    wahh!!! tips yg bagus ntok masyarakat yg nk g interview...
    yg penting mira ada selitkan nama doraemon kat citu... hahaha

    gud luck mira!!

    luvly mya said...

    gudluck beb,u pilih kos ape?
    anyway,,alhamdulilah,dapat gak u gi inteview kan.mayb rezeki kat sini kot ;)

    Amirah Rashid said...

    psychopath ; erkk? -.-

    missgee ; thanks. boleh je. insyaAllah. :)

    syafiqah ; sume interview dgn mara yg mcm ni kot. hee. thanks btw! :)

    qarami ; doraemon tu penting. ehehe ;D thanks jgk! :)

    mya ; thanks dear. i amek medic. sbb da xtau nk pilih ape. haha ;D insyaAllah. tp xyakin la blh dpt :)

    Aduka said...

    i dah lebih 10x kene interview..
    dlm byk2, 2 or 3x je yg speak in malay.. laennye english.. yg paling best kne interview org dari UK.. dia senyum2 je bile i speaking.. dia asyik ckp 'nice.. nice.. nice..' sampai i pn muak dgr..
    abes interview tu, i ajuk ckp dia kat kwn2 yg sama interview..
    'nice..nice..nice'
    gelak cam nak mampos..
    =P

    Amirah Rashid said...

    aduka ; gile banyak pegi interview! :O haha. nice nice nice. tu je kot yg dye tau :P jk jk :D

    Mr. Asada said...

    hahaha.. byk giler dugaan ko..

    gud luck!! semoga dapat la mara tu ea.. tp mintak study kat mana?
    emm..

    nice entry!! ada gak untuk d baca oleh student lain yg nk mintak mara nti.. hihi :P

    Aduka said...

    huih.. org UK.. speaking 'londong' tuh.. pure habes.. mlopong i.. seb baek i speaking very well.. muahaha.. blagaknye i..
    =P

    yaya said...

    gud luck.. smoga dapat hendaknya..

    Unknown said...

    wah! byk tips menarik ni... thnkz! krna sudi berkongsi!! :)

    QaRaMi HasHim said...

    wah, bakal doktor la... gud luck lagi skalik!!! terima je apa2 kptusan dgn hati terbuka...
    :)

    FyZa said...

    wah pnjngnya entry..great tips my dear...=)

    syahira ariff said...

    tak apply tips nie
    sebab tak dapat pun interview mara/jpa
    T________T

    full of love,keyna said...

    GUDLUCK MIRA !:)

    byak btw ujian yg u kene tmpuh before intrview :)

    abigemok said...

    nak tmbh. kalau org tnya pasal kelemahan, jgnt erus bagitau kelemahan tu bulat2. tapi jadikan kelemahan tu sebagai kekuatan. Misalnya aku seorang yang suka buat keja last minit.

    So, ckplah instead of doing my work earlier, i like to do my job last minit coz i believe that i can give my full potential if i do my job last minit. :D

    weh, ko kena tag ye kat sini

    http://kyuubi85.blogspot.com/2010/05/rehat-sambil-jawab-tag.html

    kalau ada masa buatla ye :D

    Unknown said...

    interview nie kadang-kadang best .... kadang-kadang tak ...

    Hairan ... asal interview jer kena isi borang . Padahal kita dah tulis dah pun resume.

    madiha said...

    huii pnjg nyer post kali ni, meleleh2 bace.. hikhik.. part yg ketuk pintu tu, 3kali mcm rude?? haha :D

    |.a.r.i.e.z.a.| said...

    oo pilih MARA ek.. all d best! :)

    Shafiqah Omar said...

    tips tu tak smeestinya utk mereka yg nak MARA je, utk segala interview pun blh pakai. thanks akak.

    OI ALL the best ehh? tak lama lagi nii... :)

    Surau Al-Ghafur said...

    salam..

    inshaAllah boleh punye..

    haha..anda pakai heels brp inci?better tmbh lg 1 tips..bwk kasut tmbhn, kasut sukan ke, slipar jpun pun ok jugak kan, senang kalau ape2 jadi mcm yg terjadi kt diri anda..hahaha

    benda ape la yg nk disorok tu eh??

    Anonymous said...

    ok. sy ngaku sy tak baca entry smpai habis. esok2 aku sambung baca. panjang bebenau xD

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Daisypath Anniversary tickers
     

    Designed by 100 Web Hosting