Showing posts with label SPM. Show all posts
Showing posts with label SPM. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Result UPU 2011 ;

Assalamualaikum wbt.
&& Hye! :D


#Clue : Saya suka makanG. Saya juga suka jalanG-jalanG! Kihkih :p


Alhamdulillah. Tu je yang mampu aku ucapkan kelmarin. Kelmarin memang hari cuak, gelabah, takut dan yang sama waktu dengannye bagi budak-budak lepasan matriks, asasi, STPM & diploma seMalaysia rasenye :D Sebab UPU ni memang penentu masa depan dorang ni semua. Eh, dorang je? Aku? Haha. Sekali lah tu :p

Tapi time sume orang tengah dok fokus and tegar duduk depan laptop && PC memasing, aku masih tegar buat burger dekat tempat keje aku. Kahkah :p Konon-konon nak buat-buat lupe lettew pasal UPU UPU ni :D

Padahal dalam kepala asyik fikir...

"Dekat mane lah aku kene campak kali ni...."

"Ah, kalau tak dapat memane, kene kawen la aku ni jawabnyeee..." -__-"

Dengan tengah puasa lagi time tu, memang makin lama energy makin low. Tapi hari tu hari Jumaat kan. Penghulu segala hari. Plus, pagi tu, hujan dengan selebat-lebatnya. Hujan rahmat maybe :') So, aku memang berharap ade la tempias sikit2 rahmat and keistimewaan hari Jumaat tu dekat result UPU aku and the others :'')

Tak takut? Memang tipu lah kan. Time tu jugak, kalau tengah takde keje, memang aku dok termenung aje. Fikir mase depan lah kononnye. Bukan sebab ape, aku FOBIA, TRAUMA dengan ape yang jadi lepas SPM aku dulu tu :"(

I just don't want the same thing happen again. Once is more than enough. Enough to break my heart. Enough to take my spirit away for a couple of weeks.

Aku tau, Allah SWT nak uji aku. Okay, jangan cakap aku ni tak bersyukur. You're wrong. Try to put yourself in my situation, and then you have the rights to judge me. Dah, diam.

Hm, sorry for being SO emo bout this. I just still can't forget it. Perfect nightmare for me, perhaps? :/

Okay, dah tersasar jauh ni. But, still reading? COOL! Haha ;D

So, dengan ini, aku umumkan...

Jeng jeng jenggg...




Haha. Saje je nak bahan korang. Bagi yang kecik punye :p Maaf ye :D

Okay okay. Ni yg proper punya :)



Sape yang ade FB aku, mesti dah tau awal lg kan? Hehe. Saje nak kecoh sana dulu. Baru sini :p

Again, one word, 13 letters. ALHAMDULILLAH :")

Tapi taktau kenapa, aku tak nangis pun time tgk ni. Hehe. Dah jadi heartless kot aku ni? 2 years, but it still can't be faded away :/

For the second time, I can see the word TAHNIAH. (the 1st time dapat masa dapat Form 6 dulu).

Again, ALHAMDULILLAH.

I'm happy for the offer. Those yang rapat dengan aku mesti tau betapa punya lah aku gila and gian lagi addictive dengan kiMIA! :D But... Kecewa sikit sebab tak dapat kos yang parents harapkan. Hm. Mcm loser pun ade gak rasa. Haih.

Hm. Taktau nak cakap ape dah. Biarlah masa yang menentukan... Insya'Allah..

For those yang tak dapat any offer, don't give up! And don't let too much tears out. Aku faham ape yang korang rasa! SANGAT FAHAM! Sebab I've been through the same thing like you before :") Tipu lah kalau kau cakap kau tak sedih. Penipu besar namenye tu tau dak? But, life can be changed. You still have your own future. Allah SWT has plans something way better than this :) You just have to wait till the time has come. Patience is worth for a better future. Trust me. Allah SWT maha adil. :)


Rasenye sampai sini aje titah beta untuk post kali ni. *berangan jadi raja pon bolehhh :p

Psst, aku baru terfikir, nama kos aku tu... macam SIMPLE GILA!

SAINS KIMIA. Simple kan? Macam tak grand je. Haha :p Kos kawan2 yang len sume grand2. Dengar pun dah macam, WHOAA! Biologi Marin, Foodtech, etc. :p

But, if ade sesape yang tau, boleh tak bagi tau ape kerjaya yang berkait dengan kos SAINS KIMIA ni? Please exclude LECTURER awal2 ye anak2 =D

Kepada orang-orang TERENGGANU, tunggu kehadiranku! Haha :D



Mr. G, kitew makin jauh la lepas niw nampaknyew.
Haaaaa. Tak sukew nyew kitew macam niw -..-

Wednesday, July 13, 2011

WW #2

Assalamualaikum wbt.
&& Hye :D



Sunday, March 27, 2011

Exam Mode -_-" ;

Assalamualaikum wbt.
Hyeee!


Peperiksaan Semester Program Matrikulasi
(PSPM)




Yeahh, it's killing me silently. -_-" Well, final exam is just around the corner. Am I well prepared? Naah, not really :P. Both physically and mentally. But, one thing sure is I can't wait to leave this place so called KMNS :DD Why? Only God knows.

But, I want to leave this place with peace where I want to pass my final exam with flying colors. Insya'Allah :)



Okay, malay version pulak :P

Yes, memang aku tak sabar nak blah or berambus dari tempat ni. Aku taktau kenapa aku takde rasa sayang or sedih langsung nak tinggalkan tempat ni. NOT AT ALL! Except aku sedih, sayang and rasa berat hati nak tinggalkan kawan-kawan aku dekat sini. Seriously. I'm not kidding. They're the only reason why aku rasa happy and enjoy matriks life ni. They're my strength when I'm weak. They're the shoulder for me to cry on. I know I can rely on them. Not to forget, the lecturers too. Thanks a lot for all of the invaluable knowledge. I'm not going to forget all of your kindness, patience && love :')

Tapi, aku still nak berterima kasih lah jugak dekat KMNS ni. Sebab give me a chance to further my studies though I'm the 2nd intake student. Semua sebab careless, useless mistake yang berlaku dekat result SPM aku. Yang follow aku sure akan tau ape masalah result SPM aku -_-" Sumpah, sampai mati pun aku takkan lupa and maafkan penyebab semua ni. SUMPAH! Ingat aku senang-senang nak lupekan? Haih. Okay, aku kene stop cakap pasal ni sebab aku akan jadi emo bile cakap pasal ni and menangis. Yeah, I'm not that strong as what you think. I'm weak. WEAK!

Sampai sekarang aku tertanya-tanya. Kenapa semua ni berlaku? And yang paling penting, kenapa berlaku dekat aku?! Kenapa bukan orang lain?!

But now, I'm trying to be positive and spread positivity :')

Orang selalu cakap, setiap ape yang berlaku ade sebab and hikmahnya. At first, memang SUSAH SANGAT aku nak accept and percaya. But when time goes by, I can see the truth. Thanks to Allah SWT for making me realize the real meaning of life. Life as a muslim to be exact. And that's why I know that I AM THE CHOSEN ONE. Allah SWT sayangkan aku. That's why Dia uji aku dengan semua ni. Buktinya? I got an excellent result for my MUET test. Band 4. That was more than enough actually. Cz I know I'm not that good in English. Plus, boleh dikatekan most of KMNS students got Band 3. And they have to struggle more to get the course that they're interested with which requires higher band. The only thing that I can say is, Alhamdulillah for the good result... :')

Okay, rasa macam dah banyak aku tulis. Ni la jadi bile dah lame tak update :p well, I have to go know. Tutorials are waiting for me :) Plus, I need to start to do revision ASAP. Time never waits for us.

Kawan-kawan, doakan kejayaan saya ye? Kejayaan kita bersama to be exact :) Insya'Allah, we'll do well in that exams :)

P/S :

Aku akan rindu gila gila gila gila gila sampai gila dekat diorang sume ni nanti ;(  :


  • Hayat 6 Praktikum 5
  • Hayat 6
  • Lecturers
  • Roommates C2.4.3
  • Budak aras C2.T4.WA
  • Budak blok C2
  • Budak negeri A2, B2 & C2
  • Budak-budak yang aku minat :p
  • Mr. G<3


May Allah SWT bless all of you in ur life :)

Thursday, May 13, 2010

Interview MARA 2010 ;

Assalamualaikum wbt. && Hye (:

Okay, ni cerita lama. Sebab interview ni berlangsung pada 27 April 2010, Selasa. Tapi, tak salah nak share pengalaman and sedikit tips kan? Eheh :D

Btw, tips ni more to yang dapat MARA tau (:




x TIPS 1 : Sebelum pergi interview.
  • Tolong la bangun awal, kalau rasa-rasa tak boleh sedar jugak, set alarm clock banyak-banyak bagi penuh satu bilik. Klik SINI and gerenti korang akan bangun lepas dengar.
  • Seeloknya gosok baju yang korang nak pakai malam before interview day. Nanti tak kelam kabut. And takpayah la gosok selicin-licinnye. Nanti komot jugak kan :P
  • Bersiap tu, ala kadar je. Jangan korang tempek bedak macam nak pegi opera cina dah la. Interviewers tu pun bukan nak tengok bedak korang.
  • Lelaki digalakkan pakai kemeja dengan slack, perempuan pulak baju kurung.
  • Kasut better yang bertutup. Elakkan bau busuk. Haha :P Perempuan, takpayah la pakai heels sampai berpuluh-puluh inci ye. And perempuan yang tak pakai tudung, rambut korang kena ikat dengan kemas.
  • Do some research on MARA, the course and the university yang korang nak. Nanti dye akan tanye. Selalunya lah.
  • Pastikan korang dah readykan semua dokumen yang diperlukan dalam 1 fail. And bawak jugak few photocopy.
  • Bawak sikit alat tulis, especially pen.
  • Digalakkan bawak air dengan gula-gula untuk elak rasa mengantuk.
  • Bagi orang Islam, solat subuh jangan lupa, and kalau boleh, solat hajat sekali. Doa dengan selawat juga jangan lupa (:
  • Jangan lupa breakfast! Maybe takde selera nak makan pagi tu, tapi, at least makan roti and minum susu or milo. Energy itu penting. And so brain korang boleh function well.
  • Salam and mintak restu/berkat/doa parents korang agar semua berjalan lancar.
  • Pastikan korang dah tau macam mane nak sampai dekat tempat interview tu. Nanti takdelah sampai lambat sebab sesat.
  • Keluar awal. Malaysia kan selalu sesak pagi-pagi. Lain la kalau korang ade private jet or telikopter macam Doraemon punya tu.
  • Time betul-betul dah nak bertolak tu, buat last check untuk semua benda, especially dokumen penting tu.
x TIPS 2 : Apabila sampai tempat interview & semasa tunggu giliran.
  • Pergi tempat pendaftaran. Cek nama kita. Isi segala borang yang dye bagi. Serahkan segala dokumen yang dye mintak.
  • Selagi tak diarahkan naik tempat interview tu, duduk bawah sambil bersuai kenal dengan budak-budak lain. Nanti dapat la tambah kawan korang dekat fesbuk tu. Hahah :D
  • Sentiasa peka and dengar ape yang orang tu cakap. Takut-takut nanti korang leka and tak perasan giliran korang dah sampai.
  • Pastikan korang tau korang dapat sesi berapa and panel berapa :)
  • Again, banyakkan bertenang, jangan nervous sangat. Selawat banyak-banyak. Zikir pun boleh :)
x TIPS 3 : Semasa interview.
  • Mulakan langkah dengan doa untuk yang Islam. Tenangkan diri, jangan nervous sangat.
  • Masuk bilik panel yang betul.
  • Ketuk pintu dua kali sahaja. I mean, "tok tok". Bukan "tok tok tok". Sebab dengar cite, kalau ketuk 3 kali, macam rude sikit. Entah la -.-
  • Salam interviewers tu. Laki salam laki. Perempuan salam perempuan.
  • Duduk dalam keadaan selesa. Jangan bongkokkan or sengetkan badan. Nanti nampak macam orang malas.
  • Serahkan dokumen yang diperlukan. Tangan kanan ye :D
  • Pandang mata interviewers tu. Ini akan buat kite nampak yakin and tak takut.
  • Jawab soalan dengan tenang and yakin. Kalau tak dapat jawab, pause sekejap and fikir.
  • Elakkan 'ummm' 'aaaa' 'errr' etc. Sebab ni bukan kelas vokal ye.
  • Jangan banyak sangat buat gaya tangan time jawab soalan. Ni bukan pidato :D
  • Kalau dye tanya kelemahan kita, bagi je tau. But, cover balik dengan cakap "But I'll try to improve myself". Nampak la yang kita ni seorang yang berusaha untuk memperbaiki diri :P
  • Selalunye diorang akan tanya kita ada ape2 soalan nak tanya tak? Seriously, tolong la tanye. Satu pun jadi la. Baru la nampak kita betul2 nak scholarship ni and minat dengan bidang yang kita nak amek tu :)
  • Lastly, dah habis sesi interview tu, cakap thanks and salam lagi sekali dengan diorang. Jangan korang mintak fesbuk dye dah la. Haha :D
  • Keluar bilik tu, tarik nafas lega and ucaplah alhamdulillah :)
  • Sentiasa berdoa agar kita dapat scholarship tu. Insya'Allah :)
Fuhh, panjang pulak tips ni. Harap-harap dapat la membantu sedikit sebanyak untuk sape2 yang akan pergi interview nanti :)

And now, nak cerita ape yang berlaku or kenangan-kenangan hari interview aku tu :)
  1. Tempat interview dekat Anggerik Mall, Shah Alam. Nasib baik pagi tu tak jammed sangat. Cuma kitorang bertolak lambat sikit sebab ade prob dengan dokumen2 yang kene bawak tu.
  2. Ayah call orang tu, tanye dekat mane bangunan tu, dye kate dekat2 dengan Maybank. Okay. Mula2 da nampak satu Maybank. Tapi, jalan depan sikit lagi, jumpa satu Maybank lagi. What the? -.- Tapi ayah dengan confidentnye cakap tempat tu dekat dengan Maybank yang mula2 tu. So, pegi jela dekat situ.
  3. Masuk bangunan tu, tanye guard tu mana office MARA? Dye cakap takde. Yeah. Maknenye tempat tu dekat dengan Maybank lagi satu tu -.-
  4. Aku terpaksa berjalan kaki dengan fail & bag dekat tangan around 2km maybe? Sebab ayah kate kalau nak naek kereta, takut dekat sana takde parking -.- I was like, "Ayahhh, adik pakai heels niiiiii....." (cakap dalam hati je). And sampai sana, TAKDE lagi parking -.- (banyak parking la maknenye).
  5. Dengan berpeluh-peluh, pergi daftar. And what a 'lucky' day! Dapat sesi pukul 11. Time tu dah pukul 11.10! Borang yang nak kena isi, astaga. Ber-page-page -.-'' Tapi, isi jugak lah kan.
  6. Time nak serahkan borang, orang tu cakap tak lengkap. Surat beranak ayah dengan ibu takde. Nasib baik ayah bawak copy. Then, serahkan balik. And dye suruh naik tingkat 3.
  7. Jalan-jalan cari lif. Tak jumpe! Naik jela tangga tu -.-
  8. Sampai atas, kena daftar lagi. Lepas tu baru la dapat duduk and kenal-kenal dengan orang lain. Ade 4 orang sebelum turn aku. So, takdelah rasa cuak sangat.
  9. Akhirnye turn aku sampai and masuk la bilik panel tu. Okay, rasa macam geram gilaaa sebab aku lupa nak salam orang tu and terus duduk! -.-'
  10. Kerusi tu pulak jenis yang boleh goyang-goyang tu. And aku keep on goyang kanan, kiri, kanan, kiri. Adoii -.-'
  11. Soalan yang aku dapat pun, kira tahap okay. Tak tough gila2 :)
  12. Again, aku lupa nak salam orang tu lepas dah habis -.-
  13. But, alhamdulillah, aku dapat panel yang baik, sporting and friendly(sorang lelaki and sorang perempuan). Ade satu incident yang lawak berlaku. Tapi taknak la cerita sini. Haha. Nak tergelak je bila ingat balik :D :D :D
So, sampai sini ajelah post ni. Again, harap dapat membantu sape2 yang baca. And takpayah la takut dengan interviewers tu. Diorang baik la. Tak makan orang pun :)

Ohh, btw, result MARA ni keluar 17 May 2010 kalau tak silap. Yeahh. Cuak gilaaaaa -.-' Wish me luck and doakan aku eh :) Thanks :)

Till then, bbye! :)

    Tuesday, March 16, 2010

    Aku sedar siapa aku ni ;

    Assalamualaikum wbt.
    *Aku tak boleh tidur lagi. Sebab rasa tak tenang, risau, sedih.........

    Entah la. Aku rasa macam bersalah dengan korang semua(pasal post sebelum ni). Bukan apa, aku dah sibuk-sibuk tanya korang pasal scholarship, and korang punya lah baik hati tolong aku yang tengah kusut masa tu. Tapi sekarang, dengan rasminya, aku cakap, aku tidak boleh memohon dua-dua biasiswa tu. Sebab? Adeh, terasa macam jantung aku ni kena cucuk-cucuk aje bila nak cakap pasal ni :'(


    Kisah bermula apabila Aimi tanya aku pasal scholarship petang tadi. Aku cakap la aku belum apply mana-mana lagi. And she keep asking me which course I'd like to choose. Haih. Lastly, aku pergi web JPA and aku klik link yang berkenaan, tapi, bila nampak link Syarat-syarat kelayakan, aku pun klik la dulu. Kena la baca dulu kan. Aku tengok la satu-satu. All of sudden, tears rolled down through my cheeks. Kenapa? Sebab aku TAK LAYAK! Did you get it?

    TAK LAYAK!

    TAK LAYAK!
     
    TAK LAYAK!

    Semuanya sebab result Bahasa Inggeris aku. Kepada yang tak tau lagi, aku malas nak bagitau lagi. Pandai-pandai la nak cari eh. Sebab tu, bila orang cakap, "Wahh, 9A! Tahniah, tahniah!", aku senyum aje tanpa cakap apa-apa. Dia tak tau aku punya la sedih dalam hati. Arghh, dah, nanti orang kata aku tak bersyukur. Tapi korang tak faham apa yang aku rasa sekarang. Aku bukan nak mengejar biasiswa semata-mata. Sebab aku dah apply matriks and UPU. Tapi, orang kata, kita mestilah rebut peluang dalam hidup ni kan?

    At first, aku ingat, result BI aku tu bukan la big deal sangat pun. Tapi, most of all pihak yang offer scholarship nak tengok English dulu. Yela, English kan word wide language sekarang. Plus, semua subjek dekat U pun dalam BI. Haih.

    Tarikh tutup permohonan tinggal satu hari je lagi(sampai 17/3). So far, ayah aku cakap dia tengah usahakan untuk mempercepatkan semakan semula result aku tu. Sekali lagi aku rasa bersalah dengan ayah & ibu aku. Sebab aku dah macam menyusahkan diorang aje.

    Cuba korang bayangkan, masa UPSR dapat 5A, masa PMR dapat 8A. Tapi, tiba-tiba, masa SPM tersesat satu D yang memang bagi impak yang BESAR dalam hidup korang. And ibu ayah korang sebelum ni punya la happy anak dia dapat straight A's, kena turun naik pejabat pendidikan sebab satu D tu.

    *Adik mintak maaf ayah, ibu, sebab menyusahkan ayah dengan ibu :'( 

    Kalau ikutkan hati, aku nak biarkan aje result aku tu. Tapi diorang yang beria-ia nak buat semakan. Even Physics aku yg B+ tu pun diorang nak semak balik. Yang paling aku terharu, diorang sanggup  pergi Putrajaya, hantar borang tu, BY HAND. And masa tu, aku orang yang ke-52 nak buat semakan semula.
    Kalau hantar pos? Mahunye orang yang ke berapa ratus entah.

    Apa yang aku harapkan, aku dapat yang terbaik untuk diri aku ni. Aku bukan nak mintak lebih-lebih, tapi aku perlukan sedikit perubahan. Insyaallah.

    ---------------------------------------------------------------------------- 

    Okay, tutup cerita sedih tu. Aku nk share movie yang baru aku tengok Sabtu lepas dekat KLCC.


     V3 - Samseng Jalanan 

    Erm, pendapat aku, cerita ni biasa-biasa aje. Sebab lebih kurang macam Remp-It dengan Adnan Sempit. Lagi pun, ramai yang kata cerita ni banyak yang tak logik scene dia. Entah la. Aku bukan reti sangat nak menilai movie ni. Lagi-lagi bab-bab rempit ni. Aku kan budak baik. Haha :P

    Balik tu, aku singgah Mid Valleu sekejap, jumpa jiran lama from Kedah. Lepas borak-borak and ber-camwhore, aku pergi makan McD sekejap. Mengidam benda ni haa...........


    Bubur Ayam McD

    Hah, yang ni aku tak puas hati dengan servis pekerja dia. Aku mintak air lain, dia bagi air lain. Aku cakap, "Bang, kasi Sprite, large eh..." Lepas tu aku pandang sorang kakak ni isi air dalam cup, then letak atas dulang aku. Aku cakap la dengan Mieja(jiran aku), 

    Aku : Wehh, aku mintak lain, dia bagi lainnnnnn....!
    Mieja : Cakap la nak tukar.
    Aku : Huh. Takpelah(geram)

    Aku nak tanya, Sprite dengan Coke Light tu adik-beradik ke? Sampaikan aku cakap nak Sprite dia boleh bagi aku Coke Light?



    Adeh, aku tau la dua-dua air ni ada 'T' dekat belakang. Bunyi pun lebih kurang. Tau la aku tak power bab-bab speaking English ni(adehh, ENGLISH lagiii! Tension aku!). Tapi coke light tu pun tak sedap! Rasa lain macam aje. Sheesh. Nasib baik aku tak saman :D

    Erm, okay la. Nak tido. Tetiba rasa mengantuk pulak. Byebye. Morning. Tc :)

    Saturday, March 13, 2010

    Aku memang dah tak boleh meminta lebih-lebih. Terima kasih ya Allah :') ;

    Assalamualaikum wbt.
    Hye :)

    First of all, aku post ni bukan untuk menunjuk-menunjuk. Bukan jugak nak memenuhi permintaan orang yang nak tau pasal ni. Tapi aku nak luahkan apa yang aku rasa dengan dengan benda ni. Entry ni jugak mungkin agak panjang. Hee. So, here we go.

    Malam sebelum nak ambil result tu, aku memang tak boleh tidur. Golek sana sini, still tak boleh jugak. Last-last aku tengok movie. Tapi baru start tengok, dah mengantuk. So tidur aje lah kan. Pagi tu, bangun awal(bukan tak sabar-sabar eh). Tunggu ayah pick up. Around 10.30am, pergi sekolah. Baby pun ikut sekali. Sampai depan sekolah...........

    Aku : Ayah, takyah ikut adik eh. Biar adik pergi ambil sorang2 je.
    (Masa PMR pun aku ambil result sorang2)
    Ayah : Okay. Ayah bawak baby sarapan sekejap. Lepas tu ayah datang balik.
    Aku : Okay! (salam tangan ayah, ambil berkat)

    Jalan masuk sekolah dengan pelbagai perasaan. Pak guard tegur. Kata aku dah sombong sampai tak tegur dye. Apekah? -.-" Mula-mula jumpa Sarina dengan Syera. Lepas tu terus naik dewan. Jumpa AB Sibs yang lain. Rindu diorang kott. Sembang-sembang dengan diorang, ambil majalah sekolah, akhirnyaaaa....

    Cikgu suruh duduk bersila dalam dewan. Bersila ya. Bukan bersilat. Adehh. Dah macam perhimpunan pulak -.-" Majlis pun bermula. Puan pengetua dipanggil untuk memberi sedikit ucapan. Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya kitorang semua sebab banyak yang meningkat. Tapi still ada yang turun. So, itu tanggungjawab SPM Candidates SMKLK tahun 2010 la untuk UP kan balik eh? Ehehehe.

    Murid yang cemerlang adalah mereka yang mendapat 6A dan ke atas. Again, alhamdulillah, tahun ni 5 orang yang dapat straight A's berbanding tahun lepas, 2 orang. And yang paling happy, 4 out of them, AB Sibs yaww :D Murid cemerlang yang lain, ada 17 orang.

    5 orang yang terbaik tu ialah......


    1. Nurlin Munirah Hani (12A)
    2. Nurul Shazwani (10A)
    3. Nurul Aimi Liyana (10A)
    4. Aminiril Azimah (11A)
    5. Siti Nur Afiqah (10A)

    TAHNIAH korang! Memang korang pandai gilaaaaa :D

    Eh, aku dah bagitau result aku ke belum? Belum eh? Haha. Lupe aaa :P



    Masa cikgu umumkan nama 22 orag pelajar cemerlang tu, aku tengok je pentas tu and cakap dalam hati, "Nama aku ada ke tak eh...." Tapi bila aku tengok makin lama makin ramai atas pentas tu, aku dah rasa putus asa. Tiba-tiba.....

    Nur Amirah Nabilah dengan keputusan 8A. Terkejut! Memang terkejut sebab nama aku dipanggil. Aku pun bangun and naik pentas, salam cikgu-cikgu, ambil slip. Berdiri sebaris dengan budak-budak yang lain. Masa tu aku tak tengok lagi slip tu. Lepas tu, aku bukak perlahan-lahan. Aku kira berapa A aku dapat and tengok huruf apa lagi yang ada. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Eh, ade 9A laa! Aku kelip-kelip mata beberapa kali. Still tak percaya. Lepas tu.....

    Aku : Faeja, cuba tengok ni, ada berapa A?
    Faeja : (kira-kira) Ada 9 la Mia.
    Aku : 9 kan? Tu laa. Tadi kita kira pun ada 9. Ish -.-"

    Tapi, tak lama lepas tu, aku menangis. Salah satu sebabnya adalah kerana aku dapat 9A. Lagi satu, sebab, errrr...

    Aku ada D! For BAHASA INGGERIS! Ya Allah, result aku dah okay dengan 9A, 1B. Tapi kenapa tiba-tiba sesat satu D? B tu Physics. B+. Bersyukur gila. Sebab selalunya susah nak dapat. Thanks to Pn. Norliah, Sir Jesu and Cikgu Eqbal. Diorang mengajar aku Physics dekat sekolah, tuisyen & seminar :')

    Back to the D thingy, aku memang terkejut & sedih gila. Orang yang pertama aku tunjuk slip aku tu, Faeja, my best friend. Dye pujuk aku gila-gila. Aku lagi la menangis gila-gila. Aku tunjuk dekat orang lain, semua terkejut. And suruh aku buat semakan semula. Mana taknya, kalau EST aku boleh dapat A, kenapa tidak Bahasa Inggeris? Arghh. Pening aku fikir pasal ni.

    Long short story, aku dapat 9A 1B 1D. Itu aje yang aku boleh share. Thanks for those yang doakan & wish the best for my result. Aku bersyukur and puas hati dengan result aku except for the 'D' :'(

    Till then, bbye.
    To be continued...

    Thursday, March 11, 2010

    Adik saaaaaaayanggggg Along lah! ;

    Assalamualaikum.
    Hye -.-"

    Okay, post ni pendek aje. Nak luahkan perasaan sebelum pergi ambil result. So, ada around 1 jam aje lagi. Masa, jangan la bergerak laju sangat. Relax aaa. Result tu tak lari ke mana pun. Ish.

    So, I woke up just now and my eldest brother asked,


    "Dik, result keluar pukul berapa??"

    ......................tetttttttttttttttttttttttt...............................

    Aku diam aje sambil menghadap Facebook.

    Terima kasih sebab tanya ye along? Sayang kau lah -________________-"



    Hari ni along masuk kerja balik lepas cuti 3 hari sebab accident. Nasib baik kaki dia takde ape2. Kalau aku dapat driver kereta tu, siap dia! Nak masuk simpang tak bagi signal, habis abang aku. Huh!

    Ehh, asal macam dah lari tajuk? Takde kott. Tu tanda aku sayang abang aku even dulu kitorang selalu gaduh tak ingat dunia. Haha.

    Okay then, nak off dulu. Nak gosok baju kurung. Bukan baju kurung sekolah ye. Doakan kitorang selamat pergi & balik from sekolah eh. Heheh :D BYE!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Daisypath Anniversary tickers
     

    Designed by 100 Web Hosting