Saturday, April 11, 2009

cerita lama (1) ;


Lawatan ke PUSPEN Dengkil


Pada tanggal 26 Mac 2009 yang lalu, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan juga Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) SMK Lembah Keramat telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Pusat Serenti Dengkil, Selangor. Seramai 35 orang ahli kelab menyertai lawatan itu diiringi empat orang guru. Tujuan lawatan itu diadakan adalah untuk mendedahkan kepada ahli kelab mengenai bahaya pengambilan dadah, kesan-kesannya terhadap penagih seterusnya memberi satu pengalaman baru kepada ahli kelab yang tidak mudah diperolehi oleh orang lain.


Pada jam 7.30 pagi, kami mendaftarkan diri kepada guru pengiring dengan menyerahkan borang kebenaran seterusnya bertolak ke destinasi pada jam 7.45 pagi dengan menaiki sebuah bas sekolah. Selepas satu setengah jam perjalanan, kami akhirnya selamat tiba ke destinasi yang ditujui dan disambut oleh Sarjan Fazlin selaku polis bantuan yang bertugas di situ. Selepas diberi taklimat ringkas mengenai keselamatan dan peraturan di situ, kami bergerak ke bilik mesyuarat untuk aktiviti seterusnya. Di situ, kami diberi pendedahan yang lebih meluas mengenai pusat serenti itu melalui slide show yang telah disediakan.


Antara maklumat ataupun pengetahuan yang kami perolehi melalui pertunjukan slide show itu ialah kini, pusat serenti tersebut dikenali sebagai Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN). Ianya telah ditubuhkan pada tahun 1988 dengan keluasan 47.9 hektar yang mampu menampung lebih kurang 200 orang penghuni. Antara objektif penubuhannya ialah:

· Merawat dan memulihkan penagih dalam setting yang terkawal

· Bebas dari pergantungan fizikal dan psikologikal

· Mengintegrasikan semula ke dalam masyarakat sebagai seorang yang normal, berguna dan produktif.


Para penghuni di situ juga akan menjalani lapan komponen program rawatan dan pemulihan iaitu:


· Program kaunseling dan bimbingan

· Program rawatan perubatan dan kesihatan

· Program pendidikan agama dan moral

· Program sukan dan riadah

· Program kemahiran dan vokasional

· Program pemulihan fizikal dan disiplin

· Program sivik dan tatanegara

· Program integrasi semula ke dalam masyarakat.


Melalui slide show itu, dadah bermaksud sesuatu bahan kimia yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang). Kami juga didedahkan mengenai faktor-faktor pengambilan dadah dan tanda-tanda awal pengambilannya. Selain daripada itu, kami juga diberitahu mengenai jenis-jenis dadah yang terkenal iaitu opiat, ganja, dadah sintetik dan banyak lagi. Selepas itu, kami diberi peluang untuk mendengar pengalaman daripada dua orang bekas penagih yang dirawat di situ. Kami sering diingatkan supaya tidak sesekali ingin dan mencuba dadah kerana ianya hanya memberi penderitaan berbanding keseronokan yang tidak kekal lama.


Selesai pertunjukan slide show dan sesi berkongsi pengalaman itu, kami menikmati sarapan pagi yang telah disediakan. Selepas itu, kami dibawa melawat sekitar kawasan pusat serenti tersebut. Antara infrastruktur yang terdapat di situ bagi kegunaan penghuni ialah surau, dewan makan, bilik gunting dan jahitan, padang bola sepak dan lain-lain. Selain itu, hanya terdapat dua asrama penghuni iaitu Asrama Anggerik untuk penghuni yang berpenyakit dan juga Asrama Bakawali untuk penghuni yang bebas daripada penyakit. Yang lebih menarik perhatian kami ialah, terdapat kilang perabot di situ yang diusahakan oleh penghuni di situ. Malah, perabot-perabot yang mereka hasilkan diperbuat daripada kayu-kayu yang diimport dari Sweden dan hasilnya akan dieksport ke China dan Korea.


Tambahan pula, mereka juga menjalankan penternakan cacing yang akan digunakan untuk membuat barang kosmetik dan juga untuk dijadikan sebagai baja organik. Di samping itu, mereka menternak ayam dan sebanyak 35, 000 ekor ayam akan dijual bagi setiap penjualan yang mereka lakukan dan mereka juga berkebun menanam keledek. Tepat jam 10.40 pagi, kami dibawa menuju ke bilik muzik. Di situ, terdapat pelbagai kelengkapan muzik yang digunakan oleh penghuni pusat tersebut. Kami berasa sangat bertuah kerana mereka sudi mempersembahkan dua buah lagu untuk kami.

Terdapat segelintir pelajar yang terharu dan sedih tatkala mendengar lagu yang mereka dendangkan.


Selepas 30 minit berada di dalam bilik muzik, kami berkumpul semula di pagar utama untuk bertolak pulang. Tetapi, sebelum itu, kami diberi taklimat dan kata-kata akhir daripada pegawai pusat. Kami juga sempat merakamkan gambar bersama untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Pada jam 11.30 pagi, kami bertolak pulang ke sekolah. Semasa dalam perjalanan pulang, kebanyakan pelajar tidur kerana keletihan. Kami akhirnya selamat sampai semula ke sekolah pada jam 1.30 tengah hari dan dibenarkan pulang ke rumah. Secara tuntasnya, lawatan ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman yang baru dan berguna kepada ahli kelab untuk dijadikan teladan.


gambargambar ;


Friday, April 3, 2009

buat tagged dulu lah ;

okay okay. before cite psl laen. nk buat tagged yg syara bg ni dulu lah. agk interesting!

1. Apakah hubungan awak dan dia? (dia tu org yang tagged kite kut)
- kawan/member/adik/lesbo xD

2. 5 impressions terhdp dia
- suke menyendiri
- muke ala ala koreans
- bijak menyusun kata-kata
- panda FC
- peminat INDIE/INDIA. haha xD

3. Perkara yang paling memorable yang die lakukan kat awak..
- surprise birthday party time form 3 *dgn nerdix
- nasihat yg dye bg time dkt jejeko

4. Perkara paling memorable yang dia kata pada awak..
- ape eh? semue ape yg dye prnh ckp kot.

5. Kalau die kekasih awak.. awak akan..
- pale ho! sejenis kot! sume BARANG same plak tuh, haha!

6. Kalau dia jadi musuh awak. awak akan..
- buat baek dgn dye. kn ade org kate, nk tau kelemahan kite, kene dkt dgn musuh.

7. Kalau die kekasih awak.. dia perlu improve dlm..
- adeh! soalan mintak kaki! xD

8. Kalau dia jadi musuh awak... mungkin kerana...
- dye pandai, lawa, menarik, etc.

9. Overall impression ttg dia..
- mcm2 ada!

10. The most desirable thing to do to her/him(her)
- bagi sebijik kedai roti boy. nak ke sya?

11. Apakah awak rasa ttg pandangan org terhadap awak?
- over, poyo, gedik. *jujur ni.

12. The character of you for yourself?
- oh yeah. malas, susah bgun pagi. buat hw? jauh sekali. then, mule menggelabah!

13. On contrary, the character you hate about you..
- suke tgguh keje, slalu tggi suare, suke sakitkan hati org di luar sedar.

14. The most ideal person you want to be with?
- oh my gosh! frank lampard laaa! sape lagi?! klau dye masuk islam, alhamdulillah :)

15. For people who like you.. tell sumthing about them.
- stay away from me lah! aku nk bjaye dulu. *cehh, perasan!

16. Ten people you tag:
1.hani
2.kak enc
3.fina
4.syaza
5.fatin
6.nisa
7.nabihah
8.fadhlin
9.lynna
10.mieyra yushira


17. No.2 ada hubungan dgn siapa?
- si dia ;)

18. Is no. 3 female or male..
- kanakkanak rebina

19. If no.7 and 10 have a relationnship. Is it a good thing?
- haha, due2 perempuan kot?

20. Mcmmane dgn no.5 dan no.8?
- ahah, once again, due due perempuan kot

21. No.4 single kah?
- nope! she's someone's already :)

22. No. 1 belajar apa?
- bljr ape yg dye perlu belajar lah xD

23. Say sumething about no. 6.
- comel. *aku jeles kau ade DSLR weh xD

24. No. 9 klakar tak?
- kelakar wokk! xD

new connection bebeh ;

ahah, selepas lebih sebulan aku cuba utk melupakan MYSPACE, BLOGGER, YM, etc. my daddy kesayangan membeli internet/connection baru yg ber-brand P1 W1max.


pelik sungguh namenye kan? but, bende alah ni la yg tak abes2 menggode aku utk menggunekannye. thanx a lot ayah! ily lah. haha xD. BUT! SPM ttp num 1 buat mase skrg. dgn result TEST 1 yg SANGAT OKAY tuh, i'll be rarely online, update blog etc. insyaallah on weekend jeh ;). and of course, ade byk bende yg aku nk cite lps ni. kpd yg sudi bace, thx aku ucapkan. sbb aku tau, blog aku ni tak se-best blog kauorang :). tu aje for now.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
 

Designed by 100 Web Hosting