Assalamualaikum wbt.
&& Hye.
*fuhh fuhh. tiup tempat dah berhabuk ni*
Percayalah. Berdiam diri adalah lebih baik daripada meluahkan segala yang terpendam dalam hati, dalam kalbu, dalam fikiran. Walaupun dengan melakukan perkara itu, kita akan melukai diri sendiri. Tapi, itu lebih baik daripada kita menyakiti orang lain. Kan?
Kita bukan Tuhan yang boleh tahu segala yang terpendam dalam hati seseorang. Jadi tolong. Tolong jangan buat andaian yang bukan-bukan. Kebenaran memang pahit untuk diterima, untuk ditelan. Lebih pahit kalau tidak diterima dengan hati yang terbuka.
Mulut tidak bersuara. Tapi perbuatan kita mampu menzahirkan segalanya, termasuk yang kita cuba sembunyikan. Sebab perasaan dan nafsu jahat itu yang mengawal diri kita. Oleh kerana itu, kesabaran sangat-sangat diperlukan bagi menghadapi situasi seperti ini.
"Tak penat ke pendam masalah ni lama-lama?"
Buka hati, buka minda. Pandang dan fikir daripada pelbagai sudut yang berbeza. Jangan hanya berfikir atas kehendak diri sendiri. Letakkan diri kita pada tempat orang lain dahulu, rasai dan selami segala apa yang mungkin dia rasai dan fikir jika kita lakukan sesuatu terhadapnya.
Jika sakit yang kita rasai, ketahuilah bahawa dia juga akan merasakan benda yang sama. Begitu juga sebaliknya.
Memang. Memang manusia adalah sebaik-baik kejadian, makhluk Allah. Tapi kita tidak sempurna. Kerana hanya Dia yang mempunyai sifat-sifat kesempurnaan. Tapi, manusia itu sendiri dilahirkan daripada satu hubungan yang bahagia dan gembira. Jadi, mengapa kita harus membenci antara satu sama lain?
Berterus-teranglah jika terdapat sebarang perkara yang kita tidak suka atau tidak puas hati. Jangan putar belit cerita. Don't pretend like nothing was happened. Sebab kita akan buat orang berburuk sangka dengan kita, seterusnya menambahkan dosa kita dan juga orang yang berburuk sangka itu.
Penyakit hati ini memang tiada ubat yang khusus. Ya, zikir dan doa itu makanan rohani dan hati. Tapi, jika akal tidak mampu membezakan yang baik, yang buruk, penyakit ini mampu menjadi kronik dan mungkin tiada penawarnya.
Sebab itu, sebelum nak lakukan apa-apa perkara sekalipun, fikir, fikir dan fikir sedalam-dalamnya terlebih dahulu. Minta petunjukNya. Doa hanya kepadaNya. Insya'Allah. Dia akan membimbing kita ke jalan yang lurus. Jalan yang benar. Tiada kepalsuan.
---------------------------------------------------------
Ingatlah, kesalahan sesama manusia ini, Allah SWT takkan ampunkan selagi orang tersebut tidak memaafkan kita. Mahu ke kita, jika hanya satu langkah sahaja lagi untuk kita masuk ke dalam syurga Allah, kita ditahan kerana terdapat dosa kita yang belum dimaafkan lagi oleh manusia lain? Nauzubillah min zalik :"/
Akhir kata, muhasabah lah diri kita sebelum tidur setiap malam. Ampunkan semua orang dan halalkan segalanya. Kerana kita tidak pasti, masih adakah hari esok untuk kita.
Buang yang keruh, ambil yang jernih. Sama-sama berubah dan berjuang lillahi ta'ala. Insya'Allah... (":