Showing posts with label facts. Show all posts
Showing posts with label facts. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

yepp, this is my wake up call ;

Assalamualakum wbt......

Alhamdulillah, pagi td terlaksana jgk plan aku nk JOGGING. Jogging tu ape? Alaaa, yg jalan ala2 itik pulang petang tu. Haha. Tak lawak pun! --" So, lokasinya dkt Park AU3. Pasangan aku(cehh), Mieja(my closest neighbour). Ktorg gerak dlm 7.45am. Tp, mula2 jln2 aje dulu. Konon2 warm up la tu :P Baru 20minit, nafas pun da tunggang terbalik. Penat dye xpyh ckp la. Haha. Padan muke kau mya....! Tu la, malas lg nk exercise. Naik bukit, turun bukit, lalu padang pasir, gurun sahara, jumpe pokok kaktus, potong pokok kaktus tu, minum air, dah! Merepek! Dlm perjalanan tu, bile xde kereta/motor/org lalu, ktorg lari. Bile ade org je, tros stop(pemalu ktorg ni :P) Akhirnye, smpai jgk dkt park tu. Ramai jgk org. Jmpe budak tucen(tp dye xknl aku kot). Haha :D So, lps jalan2 mkn angin, mule la berlari. Seriously, xsmpai 1 pusingan lgsg ktorg lari! Percayalah wehhhh.

Well, ape makne sumenye tu??

I NEED TO MAKE A CHANGE ON MY LIFESTYLE, NOW! Yeahhh, NOWWWW!

This is what I call my WAKE UP CALL. Selalunye bila tgk callenge dlm The Biggest Loser, aku selalu ckp, "...lehhhh, senang mcm tu pn xblh nk buat...bla bla bla....." Tp, tgk aku skrg, lg teruk ade la. Dah la teruk, LEMBIK plak tu(bukan aww okay! :P). Ohh ohh, td jumpa Qayyum dgn Naqib. Ahah, malu doeeee. Jd segan sekejap :P

Jd, insyaAllah, aku akan selalu pergi jog. Utk kesihatan sendiri and utk masa dpn jgk. I'm still YOUNG mannnn! Xnak 'pergi' awal2. Nk jln2 keliling dunia dulu. Pergi Mekah, Madinah ^^, Selain, jog, kene jgk ubah eating habit aku. No more iced drink(padahal balik jog td beli 1 liter Teh O ais :P). No more fatty food, junk food(myb amek sikit aje. Haha)

So, sesape yg nk pergi jogging ke, main badminton ke, ping pong ke, tenis ke, congkak ke, ting ting ke, galah pjg ke, batu seremban ke, hah, ape2 aje lahh. Ajak aku, okay?? Insyaallah aku akn join. Call aje num ni...

012******8
x Pengguna Hotlink/Maxis aje dibenarkan. Haha ;D
x No calling2, Messaging ONLY :P

Ahah, kalau korg ade mase senggang, jenguk2 la web ni

http://www.biggestloserasia.com
OR
http://www.jillianmichaels.com/

Byk info yg korg blh dpt dkt sane, about our health, of course :)). Andd, share2 la ape2 info yg korg ade abt health dgn aku eh? :D

Sebagai penutup post ni, tgk lah gmbr aku lps jog dgn teh o ais 1 liter yg dh nk habis td yg xlawa ni. Haha :P

(muka poyo :P)

Wednesday, December 31, 2008

tanda-tanda BERBOHONG ;


Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..


Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
 

Designed by 100 Web Hosting