Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Wednesday, January 20, 2010

Contest Oh Kunci! by Arieza ;

AMARAN!
Sajak ini hanya utk sukasuka shj.
Kalau menang, mmg bernasib BAIK lah aku ni. Hee :D
So, hv fun! :)

Oh kunci,

Sedarkah engkau,

Kita telah lama ditakdirkan bersama,

Hanya kita berdua sayang,

Tiada siapa pun yang bisa melenyapkan,

Buih-buih cinta kita yang kian bertambah,

Hari demi hari,

Detik demi detik.


Terima kasih sayang,

Hanya itu yang aku mampu luahkan,

Kerana akhirnya,

Aku bertemu dengan engkau,

Engkau yang bisa meleraikan kunci,

Kunci yang mengunci diriku selama ini.


Namun tidakku sangka,

Engkau akhirnya berpaling tadah,

Mencipta kecurangan,

Melahirkan penderitaan,

Mencalar kebahagiaanku ini,

Semuanya kerna rupamu yang telah berubah,

Dan juga kerana si durjana itu!.


Apakah aku tidak sempurna?

Apa kurangnya diriku ini?

Apa lebihnya si dia itu?

Ahhh, aku sudah penat!,

Penat mencari dan memikirkan,

Konklusi yang masih belum pasti.


Selamat tinggal sayang,

Selamat tinggal nur kasih,

Pergilah bersama kekasih barumu itu,

Semoga kalian bahagia bersama,

Biarlah aku kekal di sini merawat hati yang luka,

Kerana aku tidak mampu untuk berganjak ke mana-mana,

Kerana aku hanyalah,

Pagar rumah sebuah banglo usang.




Bekas Kekasihmu,

Si Pagar

xo


Haha, tak best kan? Sakit hati je bace kan? Buang mase aje kan? :D As what I've told u before, sajak ni hanya utk sukasuka okayyy. Tidak menyentuh sesiapa pun :)


Ohh ohh! Kalau nk join, KELIK KELIK sini


>>> Jom Join Contest Oh Kunci! by Arieza!



Wish me LUCK! Nak sgt menang. Cz ni 1st time join contest dkt blog :DD Hehe. Poyo je lebihhhhh :P Tinggalkan pendapat anda okay :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
 

Designed by 100 Web Hosting