Saturday, November 6, 2010

Jom kita cek yang lima ni ;

Assalamualaikum wbt.
Hye :D

----------------------------------------------------

Mari kita semak solat fardhu kita. Yang mana satu atau lebih agaknya kategori kita berada. Selamat menyemak! :D



  1. Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.
  2. Solat cukup lima waktu, tapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari naik).
  3. Solat cukup lima waktu tapi solat subuh selalunya diqadha masa solat zohor.
  4. Solat cukup lima waktu tapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu isyak.
  5. Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh diqadha (tak bangun le tu).
  6. Solat cukup lima waktu tapi amat jarang ataupun tidak pernah solat sebelum dan sesudah lima waktu.
  7. Solat tak cukup lima waktu, tapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.
  8. Solat cukup lima waktu tapi selalunya dekat rumah. Amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid atau surau (bagi lelaki).
  9. Solat cukup lima waktu tapi kurang berusaha menjaga khusyuknya. Sedar-sedar dah bagi salam.
  10. Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.
  11. Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu.
  12. Yang ni memang dah tahap kronik sangat. Tak solat langsung. Tunggu 'orang solatkan' aje.
---------------------------------------------------

Iskk. Insaf pulak aku. Memang terkena ah dengan post kali ni. So, ape lagi, jom la berubah ye kawan-kawan (:

4 comments:

Sim said...

a good reminder!(:

Bazilah said...

ingat, solat tu benda pertama yang akan dihisab nanti.thanks bagi info ni ;)

sabree hussin said...

entry yang bersahaja, tapi penuh makna ni

Izz said...

memang terkena. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by 100 Web Hosting