Hye :D
----------------------------------------------------
Mari kita semak solat fardhu kita. Yang mana satu atau lebih agaknya kategori kita berada. Selamat menyemak! :D
- Solat tapi bila rasa nak solat sahaja, kalau tidak tinggal.
- Solat cukup lima waktu, tapi solat subuh selalunya subuh gajah (solat ketika matahari naik).
- Solat cukup lima waktu tapi solat subuh selalunya diqadha masa solat zohor.
- Solat cukup lima waktu tapi selalu lewat, contohnya solat zohor bila dah hampir waktu asar, solat maghrib dah dekat waktu isyak.
- Solat subuh dalam waktunya bila hari kerja sahaja, hari minggu atau cuti umum, solat subuh diqadha (tak bangun le tu).
- Solat cukup lima waktu tapi amat jarang ataupun tidak pernah solat sebelum dan sesudah lima waktu.
- Solat tak cukup lima waktu, tapi solat sunat terawih di bulan puasa cukup pulak dikerjakan.
- Solat cukup lima waktu tapi selalunya dekat rumah. Amat jarang ataupun tidak pernah solat di masjid atau surau (bagi lelaki).
- Solat cukup lima waktu tapi kurang berusaha menjaga khusyuknya. Sedar-sedar dah bagi salam.
- Sentiasa berusaha solat di masjid atau surau secara berjemaah termasuklah solat subuh.
- Sentiasa berusaha menunaikan solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu.
- Yang ni memang dah tahap kronik sangat. Tak solat langsung. Tunggu 'orang solatkan' aje.
---------------------------------------------------
Iskk. Insaf pulak aku. Memang terkena ah dengan post kali ni. So, ape lagi, jom la berubah ye kawan-kawan (:
4 comments:
a good reminder!(:
ingat, solat tu benda pertama yang akan dihisab nanti.thanks bagi info ni ;)
entry yang bersahaja, tapi penuh makna ni
memang terkena. huhu
Post a Comment