Thursday, December 24, 2009

Hati Ini ;



Telah lama aku pendamkan rasa ini,
Tapi kau tidak juga mengerti,
Tidak memahami,
Tidak juga kau sedari,
Angan-angan yang aku bina,
Hancur dan lenyap begitu sahaja,
Tanpa setitik belas kasihan,
Tanpa hala tuju,
Aku dibiarkan terkapai-kapai kelemasan,
Lalu hati ini kupujuk sendiri,
Tanpa bantuan sesiapa,
Tanpa pengetahuan sesiapa.

Suatu hari yang indah,
Aku melangkah ke pesisiran pantai,
Menghirup udara yang segar,
Bagi menenangkan hati ini yang gundah,
Aku melihat ke kanan,
Kanak-kanak bermain pasir keriangan,
Aku menoleh ke kiri,
Sepasang kekasih berjalan beriringan,
Ah, aku cemburu sekali!
Cemburu melihat kebahagiaan mereka semua,
Sedangkan aku?
Aku hanya sendiri mencari konklusi,
Konklusi yang masih samar,
Konklusi yang masih belum pasti.

Awan-awan yang bergerak perlahan,
Memaksa aku memandang mereka,
Lama aku menatap keindahanNya,
Astaghfirullahal'azim...!
Akhirnya aku sedar,
Hanya DIA tempat aku memohon bantuan,
Hanya DIA yang mahu mendengar rintihanku,
Hanya DIA yang bisa mengubat hatiku yg luluh,
Dan hanya DIA yang mampu membantu aku melupakan 'Si Dia'.

Pergilah mimpi,
Pergilah angan-angan,
Pergilah Impian,
Pergilah 'Si Dia',
Pergilah bersama angin,
Buat selama-lamanya,
Kerana aku mahu bangkit semula,
Mengatur langkah satu persatu,
Bagi membina satu kehidupan yang BARU.


pemilik Hati Ini,
Amirah Rashid.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
 

Designed by 100 Web Hosting