Thursday, July 28, 2011

11 weeks worth a thousand smiles :'') ;

Assalamualaikum wbt.
&& Hye! :D


Dah 4 hari tanpa kaki melangkah ke Wendy's AEON AU2.

Rindu? Tipulah kalau tak rindu :'). Dekat situ lah aku belajar tentang realiti kehidupan. More to fast food life to be exact.

Aku sedar and aku dapat rasa ape yang selama ni budak2 fast food rasa duduk dekat kitchen buat burger.

Selama ni aku selalu gak ah kutuk2 if dorg dressing burger tu tak cantik. Roti senget sana sini. Cheese terkeluar2. Sos, sayur, mayonis bersepah2.

Lepas aku sendiri dah rasa pengalaman duduk dekat tempat sandwich preparation tu, memang aku SEDAR! It was such a wake up call for me.

Sebab ape? Sebab sometimes, aku pun ade gak dressing burger tak perfect. Bersepah sikit. Sebab ape? Sebab kene buat sume tu dlm 7 SAAT! :O :O

Mane la tak berkecah burger tu. Haha :D It was fun though! We're preparing some food for people. To fulfill their hunger. To satisfies what they're craving for.

Alhamdulillah, pengalaman dekat Wendy's selama 77 hari (tak tolak cuti) memang membuka mata and hati aku.

Baru aku faham ape perasaan crew dekat sesebuah kedai fast food tu if customer makan bersepah2.

Lebih kurang camni ah. Aku rase dah memang trend makan fries sepah2kan dekat tray.


Aku cukup pantang kalau orang makan bersepah camni. Macam sebulan kebuloq tak makan. Dah tu, amek sos macam ade pesta mandi sos pulak kan. Membazir tau tak? MEMBAZIR -..-''

Kerja dekat fast food ni, aku dapat jumpa RAMAI orang. Macam-macam jenis orang.

  • Orang yg educated, makan dlm tray aje. Tak bersepah2. Bagus.
  • Orang yg berlagak mcm kedai tu dye yg punye.
  • Orang yg berlagak kaya. Padahal beli cheeseburger aje. Tak pun large fries aje.
  • Orang yg dah sudah makan angkat tray dye buang sampah dkt tong sampah. *yg ni mmg bagus.

Seriously, fast food bukannye kenekan service charge pun. So, people! PLEASE! Why don't korang ringankan tulang angkat tray korg tu, buang sampah, then tinggalkan je tray tu dkt situ. Tak suruh korang lap meja tu pun. Seriously, korang byk sgt membantu. Lagi2 utk crew dkt store yg high volume, mcm McD. Dorg mcm takde mase kot nk kemas dining sume. Plus, bukannye org pandang kau hina pun angkat tray sendiri. Aku lagi salute org yg buat camtu. 

Usually, mat salleh la yg angkat tray dorg balek. And meja dorg makan, seriously tak bersepah! Malu la sikit kite sebagai org melayu, org Malaysia yg penuh dengan adat, adab.

Aku still ingat perasaan aku time baru masuk keje. Macam2 aku fikir. Macam2 aku kene buat. Duduk back sink, mencuci segala benda. Tu paling syiok! Sebab boleh bukak lagu sambil basuh2. Haha :D Duduk cashier memang aku payah sikit. Sebab aku jenis yang gelabah. Plus, aku lagi cepat lupa kalau dduk kaunter. Aku tak ingat order2 tu sape punye -..-" kalau aku duduk kitchen, aku ingat je burger tu sape yg order. Haih. Maybe more relax kot dduk kitchen. :) Haih, rinduu.

Crew2 and manager2 dkt situ pun sume okay2 :) Cume kalau ade konflik skali skale tu normal lah kan :D

Hm, aku pun dah taktau nak cite ape lg. Hehe :D Enjoy la gambar2 bawah ni k! :D

-------------------------------------------

Cleaning task -..-"

Dah bersiap untuk balik on last day :(

My first ever pay slip!!! :D

Clock out for the last time :( byebye Wendy's


Did you ever see me at the counter?? :D




Hehee. Koleksi break :D Yummayh kan?? :D dtg lah Wendy's! :D

-----------------------------------------------------

Aku open(8am-4pm) time last day tu. Memule mati2 dah ingat aku lepas takkan kena pape sebab last day kan. Sekali petang tu, around 6pm, time nak balek dengan kawan aku yg habis shift pukul 6, aku kena 'mandi'. Haih, memang busuk takpayah cite ar kan -..-' tp syiok! sebab pengalaman pertama kan! *da macam malam pertama plak :p kihkih. 

Seriously, aku takkan lupa semua kenangan dkt store tu :'') NEVER! And aku mesti akan rindu dengan tempat2 dkt situ, makanan, crew, manager :'')

Kepada uolls uolss semua, meh la skali skale datang Wendy's AU2!! :D Best, try our new promotion,

Seriously, beger atas ni sumpah sedap! Sebab ade mushroom sauce. Slurpp :P


Hm, ramai yg mengadu makanan dekat Wendy's ni mahal bebenor. Yes, aku admit memey mahal. Tapi berbaloi! Kalau saiz medium Wendy's, sama dengan saiz large McD. Berbeza kan? Plus, skrg ni Wendy's pn dah boleh refill air. Soft drinks jela kan. So, kau simpan lah cup Wendy's tu sampai berkulat. Kalau nak minum free, bwk je cup tu, mintak refill. Haha :D Kepada sesape yg tak pernah try lg Wendy's ni, try la. Takkan menyesal punye la :) So, aku suggest korang try ni :

  • Spicy Chicken Sensation
  • Single Mushroom Melt (ade double & triple too)
  • Shrimp Supreme

Tiga ni all time favorite aku time break. Customer pun ramai gak ah amek menu ni :))
Hm, tu jela kot ;) Till then.




Take care Wendy's! :'') Love you.

5 comments:

WZulhilmi said...

7 saat?? padanlah berterabur sini sana. LOL! skrg dh tau. =)

Kt tempat aku tak de Wendy's. =(.

mrs cekodok said...

owh kt ipoh pn xde wendy's..nak try la nnt..cam best je..ekekek

missgee said...

Tak pernah try mkn kat wendy's..
Nanti kak pegi arr..
Sebab mirah kata best :)

P/s: Pengalaman kena simpan sebab agak mahal.. Bukan senang nak dapatkan duit bukan.. Tahniah!!! dapat belajar sesuatu

Amirah Rashid said...

wzulhilmi, haha. terkejut tak? aku memule pn tekejot kene buat dlm 7sec :O :O hm tu la. wendys so far ade dkt kl je. tu pn bru ade 8 store. dtg la kl! :D

mrs cekodok, hehe. try tau. mcm yg di suggestkan tu. sedapp :D tp jgn terkejut if harga dye mahal cket. hehe :D

msgee, btol2. best ouh dpt pegang duit sendiri! :D nnti dtg ar kl. try k. hehe :D

si para para said...

di bulan mulia ni baca entri bab makan2 rasa tercabar jugak iman.hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by 100 Web Hosting