Wednesday, April 21, 2010

Kenapa susah sangat? ;

Assalamualaikum wbt. (:




Best friends = Kawan baik/rapat.

Bukan semua orang ade best friends kan?

And bukan semua best friends itu BEST :D

Sebenarnya, aku terfikir, kenapa kawan tu lebih penting and lebih selesa untuk kite bercerita, kongsi masalah? Kenapa bukan parents?

Ade orang cakap, kawan lebih memahami and selalu ade bila kite perlukan dye.

Betul ke? :D

Sometimes, memang kite kena admit yang benda tu betul. Sebab aku ade ramai kawan. Merata-rata and bersepah-sepah kawan aku(agak kejam ayat ni :P).

Tapi aku terfikir, siapa best friends aku? Kalau aku cakap si A, si B, si C, si D ni best friends aku, yang lain kate "Yelaa, aku bukan best friends kau kan?"

Aiyaa, pening aku dibuatnya. Kalau macam tu, kenapa perlu ada istilah BEST dekat Best Friends tu? -.-"

Senang cite, semua kawan aku ni best friends aku la. Deal? :))

----------------------------------------------------


Hafizah bt. Abd. Halim
Yang kiri tu English teacher kitorang from Form 1-3.
Dye selalu puji aku sebab fail english aku selalu kemas & teratur.
Wakaka. Ade kaitan ke? :P

Kawan paling lama yang aku kenal. Since kitorang dekat tadika lagi. Tadika sama. Sekolah rendah sama. Sekolah menengah sama. Dah tu, kelas pun sama. Duduk sebelah-sebelah dalam kelas. Pendek kata, kitorang ni selalu sama aje lah :D

Memang tipu lah kalau cakap kitorang tak pernah bergaduh. Yes. We do fight each other. For silly things la selalunye. Memang nak tergelak bila ingat balik. Yela, dah nama duduk sebelah-sebelah. Bila gaduh, tukar tempat duduk. Macam budak tadika je time tu.

Terlalu banyak kalau nak cerita pasal dye ni dekat sini. But, there's one thing aku nak bagitau kau Fiza(kalau kau baca ni la :D). No matter what, kau best friend aku and aku harap kite kekal berkawan sampai bila-bila. Aku sayang kau. Lagi-lagi sebab kau selalu hantar aku balik rumah bile kite hangout sama-sama and selalu bagi aku pinjam DVD kau. Haha :D

Best friends forever, okay darl? :-*

Best friends are too many to be listed. But never too many to be loved :)

-------------------------------------------------

Sometimes, people changed. And they don't even realized about it. 

Sama la macam kawan. Bila further study, masuk kolej, masuk U. Jumpa kawan baru. And kadang-kadang, sampai terlupa kawan lama. Bila jumpa, dah tak kenal.

Bila ada teman istimewa, lupakan kawan. Dekat mata tu ada si dia aje. Terlupa dekat kawan.

Tapi, bila susah, bila ada masalah, kawan jugak yang dicari. Menangis tak ingat dunia. Meraung sana sini.

(Sebab tu aku takde pakwe. Aku taknak nanti aku jadi macam orang atas ni. Haha :P)


Aku post ni sebab kebanyakan kawan aku yang dah nak further study lepas ni. Ade yang akan fly ke luar negara. Ade yang masuk matriks. Ade yang dapat dekat utara, barat, timur, selatan. And kite semua akan jarang jumpa lagi lepas ni. Bukan lagi macam sekarang. Boleh melalak suke-suki dekat tempat karaoke, berebut bola nombor 8 dekat tempat bowling, berebut nak cakap "Aku paling comel", and banyak lagi benda yang kite lakukan sama-sama.

Walaupun dekat mana korang berada lepas ni, aku doakan yang terbaik untuk korang semua dunia akhirat and semoga kita still keep in touch.

Kalau nak tunang/nikah/kahwin/beranak, jangan lupa jemput aku. Tapi, jangan sesekali langkah bendul okay! Nurlin kene kawen dulu, lepas tu aku. Sebab kitorang lahir bulan Januari. Haha :D

Dah dah. Kalau tulis panjang-panjang lagi, boleh menangis aku :P

Aku SAYANG semua kawan aku :-* :-* :-*

A true friend is someone who thinks that you are a good egg even though he/she knows that you are slightly cracked :')

Sunday, April 18, 2010

Majlis Anugerah Cemerlang SMKLK '10 ;


Assalamualaikum wbt. (:


Hari : Sabtu
Tarikh : 17 April 2010
Masa : 8.30am - 12.00pm
Tempat : SMKLK, Kuala Lumpur


Mulamula sekali, HAPPY GILAA sebab dapat jumpa AB Sibs dengan kawan-kawan yang lainnnn ;D
(though selalu hangout/lepak dengan diorang :P)

Secondly, happy jugak sebab dapat masuk sekolah balik. Rindu gila kot dekat sekolah tu :') And terima kasih sangat-sangat dekat sekolah tu sebab sudi bagi anugerah dekat budak comel ni :P

Semoga SMKLK terus gemilang! ^^,


Puteri Islam still the BEST :D :D

Pengawas yang terbaik :D

The VIPs

Dewan Angsana :)

Tahniah dekat semua yang dapat anugerah. Especially to AB Sibs :

  • Muhammad Zharif Zhafri - Anugerah Khas Ketua Murid SMKLK, Murid Cemerlang SPM '09, Murid Terbaik Perdagangan
  • Nurlin Munirah Hani - Anugerah Khas Kokurikulum, Murid Cemerlang SPM '09, Murid Terbaik Mathematics, BM, Sejarah, P. Perakaunan, Tasawwur Islam, EST
  • Nurul Shazwani - Anugerah Khas Akademik, Murid Cemerlang SPM '09, Murid Terbaik BI, Physics, Bio, Add Maths 
  • Nur Aimi Liyana - Murid Cemerlang SPM '09, Murid Terbaik Chemistry
- Murid Cemerlang SPM '09 (From AB Sibs) :
  • Aminiril Aziemah
  • Faridah Yasmin
  • Nur Amirah Nabilah (asal macam kenal je nama ni? :P)
  • Nur Liyana
  • Nurhanim
  • Nur Syazalina
  • Nor Faezah
  • Nur Syarah Izzati
  • Hafizah
  • Lynna Juliana

Semoga korang semua(including the other AB Sibs) berjaya dalam apa jua yang korang buat lepas ni. AB Sibs forever yawww :D


-------------------------------------------------------

Again, I'm not in the picture :D

Macam biasa, lepas majlis, kitorang gerak ke Wangsa Walk Mall. Untuk ape lagi kalau bukan karaoke! Dengan baju kurung lagi tu :P

So, lagu-lagu yang kitorang nyanyi semalam :

  • Cari Jodoh - Wali Band
  • I Don't Love You - My Chemical Romance
  • Gee - Girls Generation
  • Fantasia Bulan Madu - Search
  • Relaku Pujuk - Spider
  • I'm Yours - Jason Mraz
  • Atas Nama Cinta - Rossa
  • The Climb - Miley Cyrus
  • My Happy Ending - Avril Lavigne
  • This Ain't A Scene - Fall Out Boy
  • One Time - Justin Bieber
  • Biarlah - Nidji
  • The Reason - Hoobastank
  • When I'm Gone - Simple Plan 

Next :

- Rumah Pn. Zubedah(English Teacher)
- Hangout dengan Nina<3
- Hangout dengan Mira and Kiera :D

*Ibu dah marah-marah sebab asyik keluar jeee -.-"


---------------------------------------------


Yeahh, Chelsea kalah pagi tadi. Bersuka ria lah peminat MU yeee -.-"
Whatever it is, I'm soooo proud with you baby(Frank Lampard).

Saturday, April 17, 2010

I do believe that 'Everything happens for a reason' :)

Assalamualaikum wbt. :)

First and foremost, tahniah dekat kawan-kawan yang dapat tawaran ke Matrikulasi :) For those yang nak pergi, all the best and best of luck! :)

To AB Sibs, tahniah sebab ramai antara korang yang dapat dekat Negeri Sembilan. Kalau korang semua pergi, memang havoc la tempat tu nanti. Haha :D


 Ni la kolej korang. Lawa tuuuu :)


Aku pulak macam mane?





Yeah. Mula-mula memang dukacita gila. Menangis sampai keluar hingus sekali :P But then, aku sedar yang ada hikmah sebalik ni semua :')

And, dalam tu tulis boleh buat rayuan untuk aliran Perakaunan. Sheesh. I'm sooo not good with accounting! Masa form 1-3 dulu memang la KHB Perdagangan & Keusahawanan. Belajar debit kredit, buku lejar. Itu ini. Sekarang mane ingat sangat -.-" Or maybe dah tak ingat langsung. Haha :D

But, tadi saje try test nak cek balik. And keluar macam ni pulak.

 Terus tidak layak untuk mana-mana kursus -.-"


Ish. Pelik sungguh. Tapi takpelah. Takde rezeki kot :)

Btw, tengah hari tadi, tengah syok layan movie dekat rumah Yana, ibu hantar mesej...........


"Dik, tahniah! BI dpt A"





Terus aku call ibu aku and bla bla bla. Tanya pasal Physics. But takde perubahan. Still B+ :)

Takde ape yang aku mampu cakap and buat lagi selain bersyukur sangat-sangat dekat Allah SWT :') :') :')

Alhamdulillah :')

Ada yang cakap, "Taknak saman kementerian ke?"

And aku cakap, "Erm, tak payah la. Benda dah jadi kan."

Memang mula-mula rasa geram and rasa macam nak tengok balik kertas jawapan aku, and jumpa pemeriksa tu. Ibu pun cakap, "Kalau daripada D ke C, memang la ibu rasa kertas adik tu ada masalah, tapi ni daripada D ke A dik. And sebab D tu semua spoil...."

Saje nak selitkan gambar my baby dengan jersey baru dye :P


But then, aku sedar yang semua orang tak terlepas daripada buat kesalahan and back to the title, everything happens for a reason. Right? :)

So, aku just think positive and make a new move :)
Insyaallah lepas ni akan buat rayuan mana-mana yang patut.

Thanks untuk semua yang banyak bagi nasihat and sokongan. Sayang korang lebih(tapi tak melebihi kasih sayangku dekat Lampard :P)


Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.


:')

Thursday, April 15, 2010

Selamat Tinggal Sayang :') ;

Assalamualaikum wbt. :)

Mood sekarang, happy + excited + sedih. Sebab tadi last day dekat class. Kiranya, hari ni Graduation Day la :') So, seperti apa yang dah dirancang bersama classmates yang lain. Aku, Ayu dengan Nana pergi Wangsa Walk Mall sebab nak beli kek Secret Recipe untuk farewell party kitorang.

Sementara tunggu Nana sampai, benda ni jadi mangsa aku dengan Ayu. Blueberry cheese cake dengan Cup-Bon Vanilla. Serious dah addicted dengan Ice Blended ni :D

Lepas Nana datang, kitorang pun beli Chocolate Indulgence and lepas tu pergi beli hadiah untuk party tu.

 Nana dengan Ayu
(Otw nak beli hadiah)

Around 2pm, kitorang gerak ke class and class pun start macam biasa. Hari ni special  sikit, kitorang kena interview sorang-sorang depan video camera and lepas tu practice lagu yang akan kitorang nyanyi dengan group masing-masing :D

So, group aku nyanyi lagu yang famous from Glee Cast, Don't Stop Believing.

Group 2
(Let It Be by The Beatles)

Group 1 (My group)
(Damia and Nazri)
*Haifa dengan aku takde dalam pic ni :D

Special performance from Rizki and Hazim
(Crush Crush Crush by Paramore & Holiday by Green Day)

Mr. John pun ada buat special performance. Tapi lupa nak snap pic dye -.-" 

Actually ada 4 group. Lagi 2 group tu terlupa jugak nak snap pic diorang -.-"

So, lepas habis semua group buat persembahan, certificate pun disampaikan. Tanda kitorang dah graduate from class tu :')

Then, kitorang gerak ke KFC Setiawangsa untuk ber-par-ty! :P

Mula-mula, Mr.David(our tutor) nak join, but then, dye text Rizki and cakap dye tak boleh join sebab ada class lain :( 
But the party still on bebeh :D

Chocolate Indulgence

Mine :D

Haifa and Nana

Hadiah yang aku dapat from Fieza :D
Thanks darl ;)

Nana with our Choc Indulgence

Kitorang semua memang enjoy habis-habisan tadi. Sedih sebab lepas ni ada antara kitorang yang akan balik rumah diorang dekat Kelantan & Terengganu. But, for god's sake, aku memang and akan rindukan korang semua and sayang korang selalu :')

Till we meet again, sayangs! :-*
(Hugs and kisses)
Don't be sad because its over, be happy because it happened :')



*Maybe video and the other pics akan diupload dekat my FB :)

Wednesday, April 14, 2010

I'm just very lucky for having you guys in my life :')

Assalamualaikum wbt. (:

Tajuk je dalam english. Tapi nak story dalam BM aje la eh. Bahasa Jiwa Bangsa. Eheh :D

Erm, aku bila dah takde pape nak buat dekat rumah, mula la keluar bersosial dengan kawan-kawan tersayang.

So, hari ahad lepas(11/4/2010), aku pergi KLCC dengan Fiza, Aimi, Yasmin and Ain. Kitorang tengok Clash Of The Titans.


Seriously BEST GILA! Tapi aku bagi 4 stars out of 5 la. Sebab jalan cerita lebih kurang macam cerita Percy Jackson and The Olympians : The Lightning Thief. Cuma yang ni versi dewasa. Pelakon utama dye yang berlakon movie Avatar tu :)

Ehh, ni bukan Avatar. Ni laki aku laa :P

Yang tak bestnyeee, ada sorang mamat yang duduk sebelah aku ni, aku tak tau ape masalah dye, asyik nak langgarlanggar kaki & lutut aku je. Kalau ikutkan hati, dah lama cakap macam ni, "Helloo, lu ada parkinson ke ape ni?" Tapi nasib baik boleh sabar lagi -.-" Dah tu, asyik batukbatuk je. Batuk pulak sampai gegargegar kerusi aku tu. Nasib baik la kau tengah makan chewing gum time tu(wangi la jugak kan). Kalau tak, memang aku backhand je -.-"

Lepas window shopping, kitorang pun gerak ke Wangsa Walk Mall. Untuk ape lagi kalau bukan BOWLING! :D

I'm soooo addicted to bowling now. Aiyaaa -.-"

Yeay, I'm the winner of the day!

Kalau tengok markah tu, aku memang mulamula akan dapat zero je. But then, aku mula tunjuk siapa aku sebenarnya *cakap dengan bangga* Hihi :P Lepas ni, nak main bowling, halohalo aku eh :D
------------------------------------------------------

Isnin : 12/4/2010

Lokasi masih sama, Wangsa Walk Mall. Sebab tu aje la tempat paling dekat nak hangout dengan kawan-kawan :)

Misi yang sebenarnya, nak tolong Nana pasal essay untuk scholarship MARA dye. But, sambil menyelam, minum air la kannn :D Banyak jugak lagu yang kitorang layan. Antaranya :
  • Cari Jodoh - Wali Band
  • Superman - The Lucky Laki
  • Kau Aku - Aizat
  • One Time - Justin Bieber (aku nyanyi yang ni :P)
  • Bad Romance - Lady GaGa
  • Just Dance - Lady GaGa
  • Mr Brightside - The Killers
  • Fantasia Bulan Madu - Search
  • Love Story - Taylor Swift
  • Heal The World - Michael Jackson
  • Welcome to The Black Parade - My Chemical Romance
  • Situasi - Bunkface
  • Humko Hamisey Churalo - Shah Rukh Khan(main tibai jugak lagu ni :D)
* Erm, ada lagi rasanya, tapi tak ingat pulak :D


For god's sake, aku sayang korang sampai bila-bila :')
And I'm wondering, if Nina dengan Nurlin ada mesti lagi gempak kan? :D

Sunday, April 11, 2010

Harapan yang kian pasti ;

Assalamualaikum wbt. :)

Post yang pendek sahaja. Bukan untuk menyakitkan hati sape-sape. Gurauan and untuk suka-suka sahaja, okay? :D

Sekarang tengah syok tengok match between Chelsea dengan Aston Villa. So far, Aston Villa 0 - 2 Chelsea.

Wuhuuuu. Thanks to Drogba and Malouda :D

Tadi nampak Lampard peluk Drogba. Jealouseeeeeee :P

Ehh, okay. Dah sampai masa nak tunjuk benda ni. :D


........................................

..........................

....................

..........

....

..

.


Fair la tu kan? Tapi, rasanya yang ada logo Arsenal tu pun akan jadi milik Chelsea. Eheheheh :D

Kepada kipas-kipas Man U, jangan marah haa. Diorang dah banyak kali menang. Bagi la team lain pulak :D

Itu aje. Nak sambung tengok Lampard, eh, Chelsea balik. ;D

------------------------------------------------

Ehh ehhh, baru habis tengok match Chelsea dengan Aston Villa. And, guess what? Chelsea menanggggggg!

Late goal from my one and only baby, Frank Lampard<3

So, all the best for Chelsea! FA Cup gonna be ours, soon :D

Result :

Aston Villa 0 - 3 Chelsea

Saturday, April 10, 2010

A wonderful day at KLCC and WWM ;

Assalamualaikum wbt. :)

Erm, I feel like wanna post this in English. Sorry for any mistakes. I'm still trying to improve myself :)

Last Thursday(8/4/2010), my friends(from the English class) and I went to KLCC as we need to complete the tasks given by our tutor, Mr. David. "Whatever it is, speak in English". That was what Mr. David said before all of us start the trip :D


1) Book Store


= We went to Kinokuniya and we need to find 3 books related to our interests. Then, we need to write down the synopsis of the book that we like the most.

2) Interview 3 People (Foreigners)

= I think this is the most challenging task. Luckily, I got Haifa and Nazri in my group, because I'm quite shy to talk with people, in front of the public! -.-" Plus, we're very lucky too because we got such a sporting interviewees. Thanks to Irfah Abdi Osman(from Saudi Arabiah), June(from Scotland) and Fatima(from Iran). We need to ask  them about their experiences and what they think about Malaysia. And we got the same answers, Malaysia is a nice country, and everything just great. :)

3) A Restaurant



= We went to Du Viet restaurant and we ask them about their special dish, how to make a reservation for a birthday party, the cost and many more. Basically, the restaurant serve Vietnamese food and it was not the right place for a birthday party -.-"

4) Special Site : KLCC Sky Bridge



= We're having few problems here because we need to wait for the right person to answer our questions. I'm wondering, why don't just the person at the information counter answer our simple questions because we just want to know about the fees, attire, duration of the tour etc. -.-"

5) KLCC Information Centre

= We need to ask directions to 3 locations, Aquaria, Petrosains and Dome Restaurant. It was quite embarrassing to ask them because most of us know how to go there :D

So, that's it. We've finished our tasks and took few pictures together near the lake area.

------------------------------------------------

Then, we went to Wangsa Walk Mall for BOWLING! Yeehaaa! :D

But, we need to wait for an hour, so we just playing around in the arcade near the bowling centre.

Finally, the game begin! I think I've got my spirit to bowl back, and the light pink ball(8) suits me :D

Boys'

Girls'
(Edited :P)
See, I got one strike and two spares :P

Wednesday, April 7, 2010

P untuk Zoo ;

Assalamualaikum wbt.

Okay, tadi dah post lagi sekali. And again, semua benda jadi putih lagi -_______-"

Long short story, aku dah lulus Ujian JPJ. Alhamdulillah :')

Babak 1

JPJ Hensem : Kenapa tak bagi signal tadi? Hmm?
Aku : Err.. Errr..
JPJ Hensem : Tak ingat ke lupa??
(dalam hati aku cakap, bukan tak ingat dengan lupa tu sama ke?? -.-")
Aku : Tak ingat. Ehehehe.

Babak 2

JPJ Hensem : Dulu kenapa gagal?
Aku : Erm, tak ingat la. Banyak sangat dapat pangkah. Hee.
JPJ Hensem : Berapa?
Aku : Lapan.
JPJ Hensem : ...............(terus diam)


Besar gila lesen atok ni O__O"


So, lepas ni, kalau nak jalan-jalan, cakap aje. Kalau tak tau malu laa. Eheh :D


--------------------------------------------------------

Jumaat lepas, 2/4/2010, aku, Syarah, Nana and Yana pergi Zoo Negara. Saje nak melawat kawan-kawan lama :D

But, sorry to say this. Err, macam dah bosan sikit dekat sana. Sebab haiwan dah tak banyak and semua macam tak aktif je -.-"

Anyway, for those yang suka butterflies & insects, korang boleh masuk park baru dalam tu. Tambah RM5 aje :)


 Enjoy the pictures!

(Nana, Sya, Yana)
Aku? Haha. Say NO to camera!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed by 100 Web Hosting