Monday, March 29, 2010

What is your name? ;

Assalamualaikum wbt :)

Kali ni 5 hari tak update. Haha. Nampak sangat pemalas :D Entah la, akhir-akhir ni rasa macam takde mood nak blogging. Dah banyak entry bloggers lain yang aku tak sempat nak baca -.-" Sorry guys. Insyaallah akan cari gali balik :D

Erm, back to the title, nak cerita pasal nama(name) :)

Err, sebab ada bloggers yang comment pasal nama SITI dalam entry sebelum ni.

SITI? Sape tu? -.-"

Ahah, sebenarnya tu antara koleksi nama aku. *wink wink*

Sejujurnya, ada banyak nama yang orang panggil aku. Mula-mula rasa pelik la jugak en. Tapi lama-lama dah biasa.

 Gambar takde motif.

Nama 1 : Nur Amirah Nabilah binti Mohd Rashid

= Dah siap dengan 'binti' tu, sah-sah la nama penuh aku. Nama yang akan Frank Lampard sebut time nikah nanti. Muahahah. Dah, stop it! So, maksud nama ni 'cahaya puteri yang cerdik'. So, nama penuh ni pun ada sejarah dye tau. Sebab ibu aku boleh berebut nak nama ni dengan kakak saudara aku yang nak bagi nama yang sama untuk anak dye -.-" But, lastly, nama ni jadi milik aku jugak. And cousin aku tu nama dye pun sama maksud dengan nama aku : Amirah Rasyidah. Sebab Rasyidah pun sama maksud dengan Nabilah. So, kepada bakal-bakal parents, bagi nama yang baik and bermaksud untuk anak korang eh. Sebab nama memang mempengaruhi tuan dye. Buktinya, aku perasan orang yang ada nama Ain, mata diorang cantik-cantik kot(sumpah tak jeles :P)

Nama 2 : Amirah/Mira/Mia

= Ni la nama-nama yang kawan-kawan aku panggil. Comel kan? I knowww. :P Tapi, Mia tu baru dipanggil. Ni semua sebab cerita Anak Pontianak tu. Yang nama dye Samira, tapi kawan-kawan panggil Mia. So, aku dengan gediknye suruh kawan-kawan aku panggil aku Mia :P

Nama 3 : Siti

= Nama ni dipanggil oleh saudara-mara aku and jiran terdekat aku. And for sure ada sejarah macam mana nama ni muncul en. So, ibu aku cerita yang aku ni masa kecik-kecik kuat menangis. Tapi, bila arwah nenek aku panggil Siti Hajar, aku terus diam. Duuhhh, sumpah dah macam Ahmad Albab -.-" And since dari hari tu, nama tu terus melekat dekat aku. Ibu jugak cakap yang dulu kalau tak nama aku Siti Hajar sebab arwah nenek suka :D. But, tak kisah la apa nama pun, janji ada kan ;)


Gambar masa muda-muda. Comel kan? Haha.
Gambar 1 : Cara terbaik taknak bagi puting hilang, letak sekali dekat rantai ;D
Gambar 2 : Ada macam poster cerita Rempit tak?
Gambar 3 : Cara terbaik nak masuk gambar sorang-sorang. Kesian abang aku kene hempap. Haha.


Nama 4 : Bila/Bella

= Yang ni last rasanya. And atuk(toksu) & nenek(neksu) saudara aku yang panggil aku dengan nama ni. Tapi dah jarang jumpa dye sekarang. So, nama ni pun dah jarang nak dengar orang sebut. Weee :D Ohh, mak aku jugak panggil aku dengan nama ni. 'Mak' tu orang yang jaga aku masa kecik-kecik dulu :)




PERINGATAN + AMARAN :
Jangan sesekali panggil aku SITI okayy! Amirah or Mia BOLEH. Kalau tak, aku cepuk korang lajulaju. :P

Wednesday, March 24, 2010

Padan muka aku ;

Assalamualaikum wbt.

Dah berapa hari aku lari dari dunia blog eh?
Ohh, baru 6 hari. Lain kali boleh cuba try test lari lama-lama lagi.
Haha!
(Okay, STOP! Tak lawak -.-")

Aku cerita apa yang aku buat sepanjang aku jadi invisible woman ni ehh :)

1. Balik Kampung.
  • Aku balik ke Melaka sebab ada kenduri arwah nenek saudara aku yang baru meninggal(Al-Fatihah for her). Macam biasa, kerja aku dengan sepupu yang lain, basuh pinggan mangkuk and periuk belanga. Though penat, aku enjoy gila kott. Sebab dapat main air dengan diorang. Lepas tu guling-guling dekat padang depan kampung sambil ngorat abang-abang hensem. Tapi, apakan daya, diorang sombonggg -.-" (Padahal aku yang sombong sebab tak bagi num fon. Wakaka :D)
  • Disebabkan kampung aku MAJU GILA(sila lawankan ayat ni), aku dapat online guna phone aje. Terbang 2 hengget aku bila online sejam. Sebab tu la aku on Muka Buku aje. Lepaskan rindu dengan skendel-skendel aku. *wink wink*
  • Gotong-royong membersihkan kawasan kampung ibu(dekat Melaka jugak). Aku memang banyak tolong wehh. Tak tipu. Banyak tolong tengok aje la kann. Muahahaha. But, aku still tolong ibu aku masak-masak tau. Kopek ikan bilis(mengorbankan kuku aku yang cantik), potong sayur, masak air. Tengok, terbukti aku ada ciri-ciri bakal isteri solehah kan? Apa lagi, hantarlah rombongan Cik Kiah. Cik Bedah pun bolehhh :P
  • Tengok cerita Congkak before balik KL. Adik aku punya la penakut. Suruh aku teman dia tengok. Yang aku pelik, dia tengok sambil tutup mata dengan bantal. Apa yang dia dapat tengok aku pun tak tau -.-" Malas nak fikir pasal dia, aku enjoy makan kuih bahulu dengan air kelapa yang aku petik sendiri buah kelapa tu. Sila lah percaya ye kawan-kawan :D
2. Menjadi artis femes seketika.
  • Maaf, bukan artis ye. Erm, macam biasa lah kan. Budak-budak macam aku yang baru lepas dapat result exam ni, semua orang yang dekat kampung tu nak tanya aku dapat apa. Haih. Yang aku peliknya, aku rasa diorang semua dah tanya ibu aku through message. Alamak! Kantoi aku baca inbox ibu aku. Bhahahaha :D Aku pun layan aje lah pertanyaan diorang tu sambil menahan kesakitan di dalam hati yang hanya Allah SWT yang tau :')
  • "Siti, cakap la, nak hadiah apa?", "Makngah boleh masak spesial untuk kau Siti". Tu la antara soalan yang diorang tanya. Aku bukan taknak. Kalau aku cakap apa yang aku nak, terkejut beruk diorang nanti. Kalau aku cakap nak kahwin dengan Frank Lampard, habis kecoh satu kampung! "Oi orang kampunggg, cucu Haji Manah tu nak kahwin dengan orang putihhh!". Tak ke havoc nanti? Tapi, bila aku salam diorang, ada aje benda yang aku dapat. Err, faham-faham sendiri aje la ehh. Hihi :D
3. Menjadi babysitter yang tak bertauliah.
  • Aku memang suka budak-budak. Lagi-lagi babies. Sebab bau diorang best. Suci aje tanpa dosa. Tsk tsk. Insaf sekejap :'( So, aku babysit cousin aku, Dafina. Umi dia marah aku panggil anak dia ni DAFI. Muahahahaha :D

  • She's cute right? Tengok la kakak saudara dia nii. Muahahaha :D Susah sikit nak jaga dia ni. Asyik kena dukung aje. Kalau duduk, mula la dia 'menyanyi' -.-" Memang tak patah la pinggang aku ni kan. Adeh. Macam mana la kalau dah ada anak sendiri nanti? *berangan sudahh* :P Tapi yang aku pelik, aku suka buat dia menangis, bila dia pandang aku je, aku bagi jelingan maut. Terus pandang tempat lain, tak pun menangis. Wakaka :D

Erm, rasanya itu aje lah kot. Next post, aku cerita pasal wild class party aku okay. Bbye. Tc. Ly. xoxo
* Aku kena cari gali shoutbox aku balik. Sebab ada blogger yang bagi award dekat aku :)

Thursday, March 18, 2010

Apabila benda kegemaran memakan diri sendiri ;

Assalamualaikum wbt.

Benda kegemaran? Err, bukan benda kott. Tapi nombor. Nombor 8(lapan). Rasanya dekat entry NI aku dah cerita sebab kenapa aku suka dengan nombor ni.






Apa salah nombor ni dekat aku? Erm, actually, pagi tadi aku pergi test JPJ dekat Cheras. Punyalah awal aku sampai sana, 7.30 pagi aku dah tercongok dekat situ sambil nyanyi lagu Negaraku dengan orang lain. Ehh, japp, aku ada cakap tak sorang budak laki ni hot gilaaa? Takde kan? Haha. Dah la pakai Chelsea's shirt. Makin bertambah-tambah ke'panas'an dia :P

So, lepas sampai sana, aku tengok nombor giliran and sesi ujian aku.

Sesi 1 : 8.00 am (Takde)
Sesi 2 : 11.00 am (Takde jugak)
Sesi 3 : 2.00 pm (ADA!)

Cett, datang awal-awal, tapi test start pukul 2. Haih. Sumpah bosan gila wehh. Menyesal tak bawak buku ke majalah ke dekat situ. Dengan mengantuk lagi, naik pening kepala aku tunggu situ. Last-last, around 1.30pm, aku dengan budak-budak Sesi 3 yang lain kena pergi dewan, dengar taklimat.

Bahagian 2 : Mendaki bukit, parking & 3 point turn.
Bahagian 3 : On road test.

Hah! Lagi satu! Dah la aku dapat Sesi 3, nombor giliran aku pulak, nombor 2(dua).

Dua dari belakang yee. Maknanya orang ke 50. Haish. Kali ni nak cakap apa eh? Naik berjanggut aku tunggu kottt. Tapi, disebabkan ramai yang fail dekat part bukit, makin cepat la Bahagian 2 tu habis.

Alhamdulillah, aku lepas Bahagian 2. Aku tak tau kenapa pakcik-pakcik JPJ tu suka bercakap dengan aku.

1) Time bukit. Aku baru angkat tangan tanda aku dah yakin dengan kedudukan kereta tu. Lepas tu......

Pakcik JPJ : Ehh, macam pernah nampak la adik ni. Duduk mana eh?
Aku : Keramat.
Pakcik JPJ : Ohh. Okay, jalan, jalan.

* You know, dia macam nak larikan perhatian aku and membazirkan masa aku. Sebab bukit boleh buat dalam 3 minit aje. Sorry pakcik, you got the wrong person laa. Haha :D

2) Time lepas parking and 3 point turn. Alhamdulillah jugak, sebab aku lepas dua-dua sekali. Lepar park kereta, aku pergi jumpa lagi sorang pakcik ni. Nak ambil borang aku. Sampai pondok JPJ tu............

Aku : (senyum-senyum aje)
Pakcik JPJ : (diam-diam and pandang aku aje)
Aku : Kenapa?
Pakcik JPJ : Sign sini, sini, IC, nama, sign sini.
Aku : (sign, tulis nama & IC)
Pakcik JPJ : Sekarang buat apa?
Aku : Baru lepas ambil result SPM.
Pakcik JPJ : Ohh, dapat berapa?
Aku : ..... je.
Pakcik JPJ : ...... je? Yang lain pakcik tanya semua ........ je.
Aku : (senyum)
Pakcik JPJ : Okay, dah siap. Tunggu sana okay.
Aku : Okay! Thanks pakcik.

Lepas tu, menunggu lagi. Aku berharap sangat dapat guna kancil untuk on road test. Tapi, apakan daya, aku dapat Viva jugak and aku dapat pegawai JPJ yang perempuan! Haih. Memang suka la kannn -.-"




Mula-mula okay la jugak. Tapi, sampai dekat traffic light, aku tengok asal takde lampu menyala langsung? Lahh, rosak rupanya. Tester tu pulak push-push aku. Cakap berhati-hati, berhati-hati. Aku terus la start menggelabah -.-" And masuk jalan besar, dia marah aku sebab tukar lorong tergesa-gesa. Maksud dia, aku tak tengok cermin -.-"

Dah nak sampai tempat mula-mula tadi, dia ckp yang aku banyak buat salah and memandu secara bahaya -.-" Tapi aku still bawak kereta tu balik dengan selamat kott.

So, dengan rasminya aku gagal ujian on road(Bahagian 3) dengan mendapat 8 'pangkah'. Haha :D


  • Tidak menentukan gear dalam keadaan bebas sebelum menghidupkan enjin motokar.
  • Tidak beri isyarat semasa menukar lorong.
  • Tidak guna brek kaki dan tangan dengan betul.
  • Tidak memotong dengan cara yang betul dan tidak menggunakan cermin pandang belakang sebelum membelok.
  • Tidak memandu di selekoh dengan cara yang betul.
  • Memandu secara merbahaya.
  • Menukar lorong secara tergesa-gesa di kawasan kesesakan lalu lintas.
  • Tidak menggunakan gear sesuai dengan kelajuan.

So, itu lah lapan benda yang aku dah buat tadi. Rasa kelakar la pulak bila ingat balik. Ehh, plus, aku ada mati enjin 2/3 kali kott.

Erm, takpelah kott. Bukan rezeki aku hari ni. Insyaallah aku akan buat yang terbaik untuk re-test nanti :))

Tuesday, March 16, 2010

Aku sedar siapa aku ni ;

Assalamualaikum wbt.
*Aku tak boleh tidur lagi. Sebab rasa tak tenang, risau, sedih.........

Entah la. Aku rasa macam bersalah dengan korang semua(pasal post sebelum ni). Bukan apa, aku dah sibuk-sibuk tanya korang pasal scholarship, and korang punya lah baik hati tolong aku yang tengah kusut masa tu. Tapi sekarang, dengan rasminya, aku cakap, aku tidak boleh memohon dua-dua biasiswa tu. Sebab? Adeh, terasa macam jantung aku ni kena cucuk-cucuk aje bila nak cakap pasal ni :'(


Kisah bermula apabila Aimi tanya aku pasal scholarship petang tadi. Aku cakap la aku belum apply mana-mana lagi. And she keep asking me which course I'd like to choose. Haih. Lastly, aku pergi web JPA and aku klik link yang berkenaan, tapi, bila nampak link Syarat-syarat kelayakan, aku pun klik la dulu. Kena la baca dulu kan. Aku tengok la satu-satu. All of sudden, tears rolled down through my cheeks. Kenapa? Sebab aku TAK LAYAK! Did you get it?

TAK LAYAK!

TAK LAYAK!
 
TAK LAYAK!

Semuanya sebab result Bahasa Inggeris aku. Kepada yang tak tau lagi, aku malas nak bagitau lagi. Pandai-pandai la nak cari eh. Sebab tu, bila orang cakap, "Wahh, 9A! Tahniah, tahniah!", aku senyum aje tanpa cakap apa-apa. Dia tak tau aku punya la sedih dalam hati. Arghh, dah, nanti orang kata aku tak bersyukur. Tapi korang tak faham apa yang aku rasa sekarang. Aku bukan nak mengejar biasiswa semata-mata. Sebab aku dah apply matriks and UPU. Tapi, orang kata, kita mestilah rebut peluang dalam hidup ni kan?

At first, aku ingat, result BI aku tu bukan la big deal sangat pun. Tapi, most of all pihak yang offer scholarship nak tengok English dulu. Yela, English kan word wide language sekarang. Plus, semua subjek dekat U pun dalam BI. Haih.

Tarikh tutup permohonan tinggal satu hari je lagi(sampai 17/3). So far, ayah aku cakap dia tengah usahakan untuk mempercepatkan semakan semula result aku tu. Sekali lagi aku rasa bersalah dengan ayah & ibu aku. Sebab aku dah macam menyusahkan diorang aje.

Cuba korang bayangkan, masa UPSR dapat 5A, masa PMR dapat 8A. Tapi, tiba-tiba, masa SPM tersesat satu D yang memang bagi impak yang BESAR dalam hidup korang. And ibu ayah korang sebelum ni punya la happy anak dia dapat straight A's, kena turun naik pejabat pendidikan sebab satu D tu.

*Adik mintak maaf ayah, ibu, sebab menyusahkan ayah dengan ibu :'( 

Kalau ikutkan hati, aku nak biarkan aje result aku tu. Tapi diorang yang beria-ia nak buat semakan. Even Physics aku yg B+ tu pun diorang nak semak balik. Yang paling aku terharu, diorang sanggup  pergi Putrajaya, hantar borang tu, BY HAND. And masa tu, aku orang yang ke-52 nak buat semakan semula.
Kalau hantar pos? Mahunye orang yang ke berapa ratus entah.

Apa yang aku harapkan, aku dapat yang terbaik untuk diri aku ni. Aku bukan nak mintak lebih-lebih, tapi aku perlukan sedikit perubahan. Insyaallah.

---------------------------------------------------------------------------- 

Okay, tutup cerita sedih tu. Aku nk share movie yang baru aku tengok Sabtu lepas dekat KLCC.


 V3 - Samseng Jalanan 

Erm, pendapat aku, cerita ni biasa-biasa aje. Sebab lebih kurang macam Remp-It dengan Adnan Sempit. Lagi pun, ramai yang kata cerita ni banyak yang tak logik scene dia. Entah la. Aku bukan reti sangat nak menilai movie ni. Lagi-lagi bab-bab rempit ni. Aku kan budak baik. Haha :P

Balik tu, aku singgah Mid Valleu sekejap, jumpa jiran lama from Kedah. Lepas borak-borak and ber-camwhore, aku pergi makan McD sekejap. Mengidam benda ni haa...........


Bubur Ayam McD

Hah, yang ni aku tak puas hati dengan servis pekerja dia. Aku mintak air lain, dia bagi air lain. Aku cakap, "Bang, kasi Sprite, large eh..." Lepas tu aku pandang sorang kakak ni isi air dalam cup, then letak atas dulang aku. Aku cakap la dengan Mieja(jiran aku), 

Aku : Wehh, aku mintak lain, dia bagi lainnnnnn....!
Mieja : Cakap la nak tukar.
Aku : Huh. Takpelah(geram)

Aku nak tanya, Sprite dengan Coke Light tu adik-beradik ke? Sampaikan aku cakap nak Sprite dia boleh bagi aku Coke Light?



Adeh, aku tau la dua-dua air ni ada 'T' dekat belakang. Bunyi pun lebih kurang. Tau la aku tak power bab-bab speaking English ni(adehh, ENGLISH lagiii! Tension aku!). Tapi coke light tu pun tak sedap! Rasa lain macam aje. Sheesh. Nasib baik aku tak saman :D

Erm, okay la. Nak tido. Tetiba rasa mengantuk pulak. Byebye. Morning. Tc :)

Monday, March 15, 2010

Tak tahu antara dua ;

Assalamualaikum wbt.

Aku rasa dah jadi lumrah bagi budak-budak lepasan SPM untuk rasa pening, confuse, blurr, kosong, bila nak mohon biasiswa atau melanjutkan pelajaran. Termasuk aku jugak. Heh. Seriously, aku memang tak tau nak mohon yang mana satu. So, aku nak tanya beberapa soalan dekat sini. Aku berharap ada seseorang atau dua tiga empat lima enam tujuh lapan(Lampard) orang yang boleh tolong aku ni
-_______________________________-"

1. Mana lagi bagus - MARA or JPA?



OR



2. Betul ke MARA sekarang tak berapa st*bl* sekarang? Hee xD

3. Betul ke tak boleh mohon dua-dua sekali(JPA & MARA)?

4.Siapa lagi yang tawarkan biasiswa selain JPA & MARA?

5. Kelebihan & Keburukan dua-dua atas ni?

Erm, aku rasa itu aje kot yang nak tanya. Kalau banyak-banyak, karang kata aku lebih-lebih pulak. Dah tu, kata aku pemalas. "Pergi aje la tanya pakcik Google, sibuk je nak tanya dekat sini." Bukan aku taknak, tapi nanti aku susah sikit nak faham and mungkin akan menjadi lebih blurr. So, kepada semua yang membantu, THANKS IN ADVANCE aku ucapkan :))

Sunday, March 14, 2010

Terima kasih sebab mengingati diri ini ;


Assalamualaikum wbt.
Hyee.

Ingatkan tadi nak sambung cerita pasal SPM. Tapi, nanti orang kata aku ni lebih-lebih pulak. Takpelah, mungkin akan sambung later. So, hari ni nak langsaikan hutang TAG. Thanks to Asada, Eryati and AshMiyuu sebab sudi tag.


#Tag 1(by Eryati and AshMiyuu)

1. Adakah anda rasa HOT??
x Hot? Hot tu very subjective. Kalau panas, tidak. Kalau HOT(lawa), pun tidak. Aku comel je.


2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.





3. Cerita pasal gambar.
x Nama-nama player Chelsea sepanjang zaman, bak kata abang psychopath :D


4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
x Minggu lepas kot. Tapi tak berapa suka sangat. Diet-diet :P


5. Lagu terakhir anda dengar?
x Hey, Soul Sister by Train. (currently addicted to them) 


6. Apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ini?
x Tengok cerita Ben 10. Tak suka, tapi adik aku yang bukak. Tengok aje lah.


7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
x Adik(by ayah, ibu and along), Angah(by baby) and Honey(by Frank Lampard)


8. Tag lagi 8 orang.
x Disebabkan macam ramai yang dah kena, aku tag orang yang tak mungkin kena la eh.
1. Ayah
2. Ibu
3. Along
4. Baby
5. Frank Lampard
6. Jensen Ackles
7. Logan Lerman 
8. Pooh


9. Siapakah orang no 1 kepada anda?
x Ayah, my daddy my hero :D


10. Katakan sesuatu kepada orang no. 5.
x I love you moreee bebeh! xo


11. No 3 ada hubungan kepada siapa?
x Makwe dye la. Sape lagi. Kan along? Bhahahaha :D


12. Bagaimana pula dengan no. 4?
x Baby, kalau kau ada makwe, bagitau angah! Nak face-to-face dgn dye. Tp ingat, kau jangan langkah bendul, bagi angah kahwin dulu! Lalalalalalala :D


13. Pesanan kepada orang no. 6.
x Sudah-sudah lah berlakon cari hantu. Haha :D


14. Kata2 cinta kepada orang no. 6.
x Bunga-bunga cinta, layu di pusara. (Okay la ni kan?)


15. Adakah no 7 dan no 8 mempunyai persamaan?
x Haha, TAK kott. 7 tu orang, 8 tu cartoon. Tapi duadua comel  nyahh. Aww :P



16. Berikan 5 perkara yang anda tau tentang orang yang mentag anda.
x Eryati
- Perempuan
- Ibu kepada anak-anaknya
- Sukakan warna hijau
- Ada nuffnang (saje cakap, nak suruh belanja :P)
- Ape lagi eh? (Haa, dah cukup 5! :P)

x AshMiyuu
- Perempuan
- Sebaya dengan aku
- Minat anime
- Baru lepas ambil result SPM macam aku jgk
- Love J-Pop!


17. Persamaan antara KAMBING dan LEMBU?
x  Ada dalam lauk orang kahwin! Yummy!


18. Perasaan anda wat tag ni?
x Best best. Tapi banyak soalan :)


19. Adakah anda tau si Razman itu sengal?
x Razman mana ni? Aku tak kenal laa. Pergi tanya orang lain! Haha.

20. a) GAY or b) LESS?
x STRAIGHT!


-------------------------------------------------------------- 

#Tag 2 (by Asada)

Soalan 1 : 3 names in your massage inbox.
x HotlinkGift, MaxisMms, Leya AB (C). Percaya lah, memang ada 3 mesej aje dalam inbox aku sekarang ni. Aku tak suka simpan mesej banyakbanyak.


Soalan 2 : Your main Ringtone.
x Baby by Justin Bieber

Soalan 3 : What u did at 12 last night?

x Online, dengar radio. Sekarang memang suka on malammalan buta xD


Soalan 4 : Who was the last person you went out with? where?
x Mieja(jiran aku) KLCC. Tengok wayang.


Soalan 5 : The colour of the T-shirt you're wearing now.
x
Blue (semangat Chelsea)



Soalan 6 : The last thing u did.
x
Makan roti canai untuk lunch(nampak sangat aku bangun lambat)



Soalan 7 : 3 of your everyday favorite items.
x Laptop, TV, my handphone.


Soalan 8 : The color of your bedroom.
x
Hijau. Lembut dan menenangkan.



Soalan 9 : How much money in your wallet now?
x
Banyak syiling 5sen dengan 1sen je. Malas nak kira.



Soalan 10 : How's life?
x
Lega lepas dapat result. But, still nervous tunggu lagi satu result.



Soalan 11 : your favorite song..
x
Wait For You by Eliott Yamin (try la dengar)



Soalan 12 : What will you do next weekend?
x
Isnin & Selasa(driving class at Cheras). Rabu(TEST JPJ!)



Soalan 13 : When was the last time you saw your mum.
x
Baru tadi. Dye suruh lunch.



Soalan 14 : where is she now?
x
Dalam toilet kot.



Soalan 15 : when was the last time you talked to your parent?
x
Tadi, semalam, and later.



Soalan 16 : Who is the last person that talked with you last night?
x
Ayah dengan ibu, cakap pasal scholarship.



Soalan 17 : where did you have dinner last night?
x
Rumah aje.



Soalan 18 : The last surprise you got.
x
Result SPM(sorry for keep talking about this)



Soalan 19 : Last thing you borrowed from your friend.
x
DVD Avatar from Fyza.



Soalan 20 : Who is your bf/gf or husband/wife?
x
Husband, Frank Lampard



Soalan 21 : what do you feel now?
x
Bila nak habis soalan ni???



Soalan 22 : wanna share with who?
x
Share ape? Lampard? No wayy!



Soalan 23 : who knows your secret?
x
Ramai kot. Aku kan kepoh :P


Soalan 24 : they keep your secret?
x
Hmm, so far ye kot. Tapi tak tau la kotkot ada yang dah bagi tau org lain. Lalalalalala.



Soalan 25 : Are you angry with someone?
x
Takdelah. Aku can cool.



Soalan 26 : what do you order at McD?
x
Double Cheese Burger. Sebab suka pickles dye :D



Soalan 27 : The last time you felt so sad..
x
11 March 2010 (you know why :/)



Soalan 28 : mahu tag?
x
Kalau taknak, boleh kan? Ehhehehe.

Nombor kekasih hatiku ;

Assalamualaikum.
Hyee.

Sebelum masuk ke cerita berdasarkan tajuk dekat atas tu, a BIG thanks kepada semua yang memberi pandangan and nasihat tentang keputusan SPM aku. Terutamanya 'D' itu. Eheh :) Aku nak tekankan dekat sini, bukan aku tak bersyukur dengan result aku. Bersyukur sangatsangatsangatsangat. Alhamdulillah. Sebab, kalau nak further study, result Bahasa Inggeris tu mungkin akan mempengaruhi sedikit sebanyak. So, aku dah hantar borang semak semula. Keputusannya akan diketahui dalam masa 2 bulan lagi. Berdoalah untuk aku eh, even, 2 bulan tu memang lama lagi, and aku memang terpaksa guna slip result yang sekarang ni untuk mohon mana-mana scholarship :')

--------------------------------------------------------------------------


x Eh, siapa dia ni?
= Ni la Pakcik Cero.

x Kenapa dengan dia?
= Ahah, dia merupakan kawan blogger yang mendapat nombor bertuah sebagai follower dalam blog aku yang tak best ni iaituuuu.....................






Lucky 88!


Kata orang cina, no. 8 ni memang ada ong! Tambahan pula, no. 8 memang merupakan no. kegemaran aku. Sebab Frank Lampard memakai jersey bernombor 8. Ehehehe :D Jadi, pakcik ni merupakan seorang yang bertuah :)

Pakcik pakcik, pakcik nak hadiah ke?
(Harap-harap tak. Haha)

Takde lah. Insyaallah, akan ada ganjaran untuk pakcik. Maybe aku akan carikan Gadis Misteri berkasut Converse yang dia tergila-gilakan tu. Oh tidak, tidak. Mustahil. Nantilah aku fikirkan. Hee xD

*Sorry ambil gambar pakcik tanpa kebenaran. Haha.
**Kekasih hatiku tu bukan pakcik tu tau. Tapi Frank Lampard. Haha :P

----------------------------------------------

Eh eh! Baru terfikir pasal hadiah tu. Hee. Buat masa sekarang ni, aku akan letak GAMBAR and LINK blog pakcik bertuah ni dekat blog aku selama 8 hari. Aku akan promote blog dia di mana saja aku pergi(dalam blog aa). Boleh kan pakcik? *puppy eyes*

Nanti kalau ada duit lebih, boleh la bagi hadiah lain(harga bawah RM50). Haha. Siap bagitau lagi harga :P

Saturday, March 13, 2010

Aku memang dah tak boleh meminta lebih-lebih. Terima kasih ya Allah :') ;

Assalamualaikum wbt.
Hye :)

First of all, aku post ni bukan untuk menunjuk-menunjuk. Bukan jugak nak memenuhi permintaan orang yang nak tau pasal ni. Tapi aku nak luahkan apa yang aku rasa dengan dengan benda ni. Entry ni jugak mungkin agak panjang. Hee. So, here we go.

Malam sebelum nak ambil result tu, aku memang tak boleh tidur. Golek sana sini, still tak boleh jugak. Last-last aku tengok movie. Tapi baru start tengok, dah mengantuk. So tidur aje lah kan. Pagi tu, bangun awal(bukan tak sabar-sabar eh). Tunggu ayah pick up. Around 10.30am, pergi sekolah. Baby pun ikut sekali. Sampai depan sekolah...........

Aku : Ayah, takyah ikut adik eh. Biar adik pergi ambil sorang2 je.
(Masa PMR pun aku ambil result sorang2)
Ayah : Okay. Ayah bawak baby sarapan sekejap. Lepas tu ayah datang balik.
Aku : Okay! (salam tangan ayah, ambil berkat)

Jalan masuk sekolah dengan pelbagai perasaan. Pak guard tegur. Kata aku dah sombong sampai tak tegur dye. Apekah? -.-" Mula-mula jumpa Sarina dengan Syera. Lepas tu terus naik dewan. Jumpa AB Sibs yang lain. Rindu diorang kott. Sembang-sembang dengan diorang, ambil majalah sekolah, akhirnyaaaa....

Cikgu suruh duduk bersila dalam dewan. Bersila ya. Bukan bersilat. Adehh. Dah macam perhimpunan pulak -.-" Majlis pun bermula. Puan pengetua dipanggil untuk memberi sedikit ucapan. Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang tahu betapa gembiranya kitorang semua sebab banyak yang meningkat. Tapi still ada yang turun. So, itu tanggungjawab SPM Candidates SMKLK tahun 2010 la untuk UP kan balik eh? Ehehehe.

Murid yang cemerlang adalah mereka yang mendapat 6A dan ke atas. Again, alhamdulillah, tahun ni 5 orang yang dapat straight A's berbanding tahun lepas, 2 orang. And yang paling happy, 4 out of them, AB Sibs yaww :D Murid cemerlang yang lain, ada 17 orang.

5 orang yang terbaik tu ialah......


1. Nurlin Munirah Hani (12A)
2. Nurul Shazwani (10A)
3. Nurul Aimi Liyana (10A)
4. Aminiril Azimah (11A)
5. Siti Nur Afiqah (10A)

TAHNIAH korang! Memang korang pandai gilaaaaa :D

Eh, aku dah bagitau result aku ke belum? Belum eh? Haha. Lupe aaa :P



Masa cikgu umumkan nama 22 orag pelajar cemerlang tu, aku tengok je pentas tu and cakap dalam hati, "Nama aku ada ke tak eh...." Tapi bila aku tengok makin lama makin ramai atas pentas tu, aku dah rasa putus asa. Tiba-tiba.....

Nur Amirah Nabilah dengan keputusan 8A. Terkejut! Memang terkejut sebab nama aku dipanggil. Aku pun bangun and naik pentas, salam cikgu-cikgu, ambil slip. Berdiri sebaris dengan budak-budak yang lain. Masa tu aku tak tengok lagi slip tu. Lepas tu, aku bukak perlahan-lahan. Aku kira berapa A aku dapat and tengok huruf apa lagi yang ada. 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Eh, ade 9A laa! Aku kelip-kelip mata beberapa kali. Still tak percaya. Lepas tu.....

Aku : Faeja, cuba tengok ni, ada berapa A?
Faeja : (kira-kira) Ada 9 la Mia.
Aku : 9 kan? Tu laa. Tadi kita kira pun ada 9. Ish -.-"

Tapi, tak lama lepas tu, aku menangis. Salah satu sebabnya adalah kerana aku dapat 9A. Lagi satu, sebab, errrr...

Aku ada D! For BAHASA INGGERIS! Ya Allah, result aku dah okay dengan 9A, 1B. Tapi kenapa tiba-tiba sesat satu D? B tu Physics. B+. Bersyukur gila. Sebab selalunya susah nak dapat. Thanks to Pn. Norliah, Sir Jesu and Cikgu Eqbal. Diorang mengajar aku Physics dekat sekolah, tuisyen & seminar :')

Back to the D thingy, aku memang terkejut & sedih gila. Orang yang pertama aku tunjuk slip aku tu, Faeja, my best friend. Dye pujuk aku gila-gila. Aku lagi la menangis gila-gila. Aku tunjuk dekat orang lain, semua terkejut. And suruh aku buat semakan semula. Mana taknya, kalau EST aku boleh dapat A, kenapa tidak Bahasa Inggeris? Arghh. Pening aku fikir pasal ni.

Long short story, aku dapat 9A 1B 1D. Itu aje yang aku boleh share. Thanks for those yang doakan & wish the best for my result. Aku bersyukur and puas hati dengan result aku except for the 'D' :'(

Till then, bbye.
To be continued...

Thursday, March 11, 2010

Adik saaaaaaayanggggg Along lah! ;

Assalamualaikum.
Hye -.-"

Okay, post ni pendek aje. Nak luahkan perasaan sebelum pergi ambil result. So, ada around 1 jam aje lagi. Masa, jangan la bergerak laju sangat. Relax aaa. Result tu tak lari ke mana pun. Ish.

So, I woke up just now and my eldest brother asked,


"Dik, result keluar pukul berapa??"

......................tetttttttttttttttttttttttt...............................

Aku diam aje sambil menghadap Facebook.

Terima kasih sebab tanya ye along? Sayang kau lah -________________-"



Hari ni along masuk kerja balik lepas cuti 3 hari sebab accident. Nasib baik kaki dia takde ape2. Kalau aku dapat driver kereta tu, siap dia! Nak masuk simpang tak bagi signal, habis abang aku. Huh!

Ehh, asal macam dah lari tajuk? Takde kott. Tu tanda aku sayang abang aku even dulu kitorang selalu gaduh tak ingat dunia. Haha.

Okay then, nak off dulu. Nak gosok baju kurung. Bukan baju kurung sekolah ye. Doakan kitorang selamat pergi & balik from sekolah eh. Heheh :D BYE!

Wednesday, March 10, 2010

I HATE to post this, but I HAVE to ;

Assalamualaikum.
Hyeee.

--------------------------------------------------------------

A : Hari ni hari ape ye?
B : Rabu.
A : OMAIGOD. Esok KHAMIS la kan? Khamis ade ape ehh?
B : RESULT SPM keluar laa.
A : Whatt? Tipu laaa.
*panggg*
(Si B tampar Si A sebab dia kata Si B tipu)

--------------------------------------------------------------

Seperti yang 1Malaysia dah tau, keputusan SPM '09 akan diumumkan hari Khamis ni, ESOK. Seriously, aku rasa macam baru semalam duduk dalam dewan exam, jawab paper-paper soalan. Ish. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam slip exam aku jatuh dekat koridor and Edja tolong amekkan. Rasa macam baru semalam pengawas exam tu cakap-cakap dengan aku psl Bio(nak ngorat aku maybe).

Ahh,semuanya rasa macam baru semalam berlaku -.-"

But, let bygone be bygone right?

So, sebelum aku pergi amek result, aku rasa biarlah aku review sendiri semua subjek/paper yang aku amek. Nanti boleh buat kenangan untuk masa tua. Boleh la cucu-cucu aku baca. Haha(!). Ehh, post ni maybe panjang sikit. Kalau taknak habiskan baca, klik aje red button tu ye :D

Bahasa Melayu :
x Subjek yang kena LULUS. Kalau tak lulus, kahwin dengan tok aji hujung kampung la jawabnye. So, BM Kertas 1, karangan. Kena jawab 2 karangan. The first one was about Badan Beruniform and the other one aku pilih soalan no. 1, pasal Usaha-usaha ibu bapa untuk menjadikan anak mereka insan yang berguna. Well, I'm telling the truth here, I wrote the essay for about 600++ words o.O Agak panjang berbanding karangan2 lain yang aku pernah buat. Harap2 pemeriksa tu tak bosan la dengan karangan aku tu. Hihi. Kertas 2 pulak, memang tak sangka Kepahlawanan Tun Beraim Bapa yang keluar. Semua orang spot Sabor. But, it's okay la. Soalan pun tak susah sangat. But, yang susahnye, part tatabahasa, boleh pulak keluar subjek-predikat. Haih. Memang aku terror la bab tu en -.-"

Sejarah :
x Ahha, subjek yang paling aku SUKA. Kertas 1, senang part depan2 je. Start soalan belakang, perghh, menusuk kalbu & jiwa raga. Padahal jawapan dia either A, B, C, or D aje. Bukan susah sangat nak pilih pun. Haish. Kertas 2, soalan struktur & esei. Erm, soalan struktur susah sikit. Ada keluar pasal undang2, kalau tak silap. Esei pulak, aku pilih soalan no. 5, 7, 8, & 9.Alhamdulillah, soalan pasal agraria & maritim keluar :). Soalan no.6 pasal Kerajaan Turki Uthmaniyah. Tak sempat go through tajuk tu betul2. So, memang tak berani la nak pilih.

Bahasa Inggeris :
x Paper 1, essays. The first one ada buat silap sikit. Isi tunggang-langgang. -.-" Second one, aku pilih no. 4. Story. Erm, actually, aku tulis essay tu pun berdasarkan satu buku yang aku pernah baca. Modified sikit2. Hopefully, pemeriksa tu tak kutuk2 essay aku. Haha.

English for Science and Technology(EST) :
x Waaaaa, kenapa essay tahun ni keluar pasal physics??! I hate physics! Pasal FRICTION! Huh. Memang kalau ikut turn, tahun ni akan keluar yang ada kaitan dengan physics, and it was so true! Redha aje la :| Information transfer pun a little bit tricky and memeningkan. Paper 2(objective), 50-50. Ada senang, ada susah.

Mathematics Modern :
x Paper 1, aku ada dapat jawapan from kawan lepas paper tu. And kalau betul, aku salah 2 je. Kalau tak betul, erm, biarlah. At first, aku target Math aje la subjek yang aku boleh dapat A+. But, bila jawab Paper 2, hilang macam tu aje target aku. Susahhh.

*Still reading? COOL! :D

Pendidikan Agama Islam(PAI) :
x Alhamdulillah. Aku sempat buat revision utk Kertas 2 habis-habisan sebab ada banyak masa sebelum kertas tu. But, Kertas 1, susah nak target dpt skpr berapa. Sebab bahagian Sirah tak berapa confident sangat.

Additional Mathematics :
x Aku memang benci dengan soalan bola tu! Sebok je nak masuk dalam SPM. Pegi la main jauhjauh. Nak main dalam kertas Add Math aku pasal ape? Huh. Yess, Paper 1 boleh la jugak nak jawab, sampai Paper 2, entah berapa banyak soalan aku tak sempat jawab. Hilang markah free2 macam tu aje. Tolonglah. Harap2 graf pemarkahan jatuh :'(

Biology :
x Erm, lets make it short. Paper 1 50-50. Paper 2, SUSAH! Paper 3, okay la. Soalan experiment pasal enzyme.

Physics : 
x Aku tak tau la kenapa aku tak boleh get into dengan subjek ni. Sorry cikgu. Sebab tu aku tak harap sangat yang aku dapat skor dalam physics ni. Ish. Dah dah. Mengarut nanti -.-"

Chemistry :
x Ouhh, this is what I call LOVE! Yes! I'm sooooo in love with chemistry. Even dalam permohonan UPU, aku pilih 2 diploma in Chemical Industry *wink wink* But then, aku still tak pasti aku dah buat yang terbaik or tak dalam tiga2 paper tu -.-"

Tasawwur Islam :
x Subjek tambahan yang aku amek. Yeah, aku mengaku, dulu aku tambah sebab konon2nya boleh backup result aku. But then, aku rasa aku punya pendirian tu salah. So, aku belajar tasawwur sebab nak lebih mendalami pasal Islam. Yes, I admit that I've learned a LOT in tasawwur. Alhamdulillah. Ohh, back to the point, tasawwur ni subjek yang kena banyak hafal facts. Confident level aku dekat paper ni, 50-50 jugak. Hee :D

So, thats it. 11 subjek yang aku amek untuk Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) 2009. I've done the BEST, now, let Allah SWT do the REST. Of course I wanna straight As. But urgh, IDK how to explain it -.-"

Guys, pray for me and the other candidates yeah? Thanks in advance. Love you guys.

Eh eh, nanti jangan tanya aku dapat berapa ye. Cepuk sorang2 baru tau. Haha :D

By the wayyy,

AB Sibs, aku doakan kejayaan kita semua. Sayang korang ketat-ketat xoxo

Monday, March 8, 2010

So HOTTTTTTTTTTT :P ;

Assalamualaikum.
Hye.

Kali ni nak share pasal movie.

Percy Jackson and The Olympians : The Lightning Thief


For those yang tak tengok lagi, why don't u guys try this one. Superb movie. Erm, movie ni macam campuran Harry Potter and Narnia, sebab Percy Jackson ni ada special power cz dia ni campuran dewa and manusia. And ada manusia dengan kaki haiwan(macam dalam Narnia).

So, Percy kena hidup dengan orang yang 'special' macam dia dekat satu kem ni. But then, ada problem. Ape problem tu? Eheh, beli tiket, and enjoy the show okay! :P

Kalau ade sesape nak belanja aku tengok movie ni lagi, SILA lah yeee. Bukan sebab ape, hero dia HOT sangattt :P


Logan Lerman<3

Friday, March 5, 2010

I'm soooooo done with you! Huh! ;

Assalamualaikum.
Hye.

Aku memang dah tak tahan dengan dia ni. Bukan baru, tapi dah lama dah. Memang sabar je. Tapi, bila fikir yang dia ni hadiah parent bagi, tahan aje laa.






Nokia 5610 XpressMusic

Yes, dulu, aku rasa benda ni rosak, sebab salah aku sendiri. Mana taknye, phone ni dah banyak kali terjatuh, terhempas, tergolek, tergesel, sume ter- ter- yang lain lah. Tapi, agaknye phone ni dah tak tahan dah, akhirnye dia mematikan diri. Semuanya sebab aku jatuhkan dia dekat tuition. Masa tu okay lagi. Balik rumah, jatuh, AGAIN. Screen tukar warna (Green to Purple)

And, terus teeetttttttttttttttttt....................

..........
......
...
..
.
THE END. 
GAME OVER. 
Please try later.


So, sebab rasa takut, aku diamkan aje. Tak bagi tau sesape pun. Takut. Tapi, akhirnye, aku bagi tau ibu aku jgk. And alhamdulillah, ayah bawak phone ni, pergi repair. Org tu kata, screen dia problem. So, tukar screen. Sampai hari ni ade finger print org tu dkt screen phone tu -.-"

Since then, punya la baik aku jaga, belai phone ni. Err, ade la jatuh2 jgk. Hehe :P Tapi, hujung tahun lepas, dia buat hal lagi. Kali ni, masalah dia, bila nak dengar lagu, open gallery, asyik searching, loading je. So, again, bawak pergi repair. And org tu ckp problem dgn PROGRAM dia pulak. Ishh, geram betul! Nasib baik xmahal nak repair tu -.-''

And NOW, masalah datang lagi!

Bateri membesar kotttt. Nak tutup belakang tu pun tak boleh. Disebabkan tu, memory card pun problem sekali. Sbb xboleh tutup rapat belakang tu la. Aritu pergi survey bateri phone. Ada yang aku jumpa, RM98! Gile laaa. Xtau la tu ori ke tak -.-"

So, skrg ni rasa malu and takut nk bgtau parent. Segan wehhh. Asyik problem je phone ni. Ish. Agaknye aku memang ditakdirkan xboleh pakai phone kot? :| Erm, sabar aje laa. *sedih ni*

Korang ada tak tips nak jaga phone dgn baik? So that lepas ni, takde la asyik rosak je phone aku. Haha :D

Tuesday, March 2, 2010

Ohh Abang S, please be NICE with me yeah? ;

Assalamualaikum.
Hyeee :D

Alhamdulillah, akhirnya, dapat jugak merasa guna perkhidmatan Abang S ni. Opps, don't get me wrong. Let me introduce you.......

Abang Streamyx!


 

Perkhidmatan Abang S ni, bak kata orang putih, So far, so good. Hopefully, connection dia takde la asyik problem je. Macam semua connection yang pernah aku pakai.


1. Maxis Broadband
= Pakai tak sampai satu hari pun. Orang tu kata, rumah aku tinggi sangat.

2. iZZi
= Pernah dengar tak? Ahha, mesti tak ramai yang pernah tau pasal ni. The service was quite good. But, due to few problems, we have to stop from using it.
 
 3. P1WiMax
= Yang ni, kira okay la jugak(ikhlas ni). But, entah kenapa, my daddy my hero nak stop guna dia ni. Kotak ni besar sangat kot? :D

4. Celcom Broadband
= The latest one used before Streamyx. Benda yang dapat nick name 'Berukband' ni, 50-50 la service dia. But, maybe streamyx much better than you baby :P So, hye hye, bye bye la yee?

Fuhh, banyak jugak yang aku dah try. Ape lg connection yang ada ye? :D Bukan nak try. Saja nak tau. Eheh. 

So, lepas ni, insyaallah, bak kata missgee, aku akan dapat jenguk blog2 korang selalu. Hehe.

Till then, bbye :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
 

Designed by 100 Web Hosting