Wednesday, March 24, 2010

Padan muka aku ;

Assalamualaikum wbt.

Dah berapa hari aku lari dari dunia blog eh?
Ohh, baru 6 hari. Lain kali boleh cuba try test lari lama-lama lagi.
Haha!
(Okay, STOP! Tak lawak -.-")

Aku cerita apa yang aku buat sepanjang aku jadi invisible woman ni ehh :)

1. Balik Kampung.
  • Aku balik ke Melaka sebab ada kenduri arwah nenek saudara aku yang baru meninggal(Al-Fatihah for her). Macam biasa, kerja aku dengan sepupu yang lain, basuh pinggan mangkuk and periuk belanga. Though penat, aku enjoy gila kott. Sebab dapat main air dengan diorang. Lepas tu guling-guling dekat padang depan kampung sambil ngorat abang-abang hensem. Tapi, apakan daya, diorang sombonggg -.-" (Padahal aku yang sombong sebab tak bagi num fon. Wakaka :D)
  • Disebabkan kampung aku MAJU GILA(sila lawankan ayat ni), aku dapat online guna phone aje. Terbang 2 hengget aku bila online sejam. Sebab tu la aku on Muka Buku aje. Lepaskan rindu dengan skendel-skendel aku. *wink wink*
  • Gotong-royong membersihkan kawasan kampung ibu(dekat Melaka jugak). Aku memang banyak tolong wehh. Tak tipu. Banyak tolong tengok aje la kann. Muahahaha. But, aku still tolong ibu aku masak-masak tau. Kopek ikan bilis(mengorbankan kuku aku yang cantik), potong sayur, masak air. Tengok, terbukti aku ada ciri-ciri bakal isteri solehah kan? Apa lagi, hantarlah rombongan Cik Kiah. Cik Bedah pun bolehhh :P
  • Tengok cerita Congkak before balik KL. Adik aku punya la penakut. Suruh aku teman dia tengok. Yang aku pelik, dia tengok sambil tutup mata dengan bantal. Apa yang dia dapat tengok aku pun tak tau -.-" Malas nak fikir pasal dia, aku enjoy makan kuih bahulu dengan air kelapa yang aku petik sendiri buah kelapa tu. Sila lah percaya ye kawan-kawan :D
2. Menjadi artis femes seketika.
  • Maaf, bukan artis ye. Erm, macam biasa lah kan. Budak-budak macam aku yang baru lepas dapat result exam ni, semua orang yang dekat kampung tu nak tanya aku dapat apa. Haih. Yang aku peliknya, aku rasa diorang semua dah tanya ibu aku through message. Alamak! Kantoi aku baca inbox ibu aku. Bhahahaha :D Aku pun layan aje lah pertanyaan diorang tu sambil menahan kesakitan di dalam hati yang hanya Allah SWT yang tau :')
  • "Siti, cakap la, nak hadiah apa?", "Makngah boleh masak spesial untuk kau Siti". Tu la antara soalan yang diorang tanya. Aku bukan taknak. Kalau aku cakap apa yang aku nak, terkejut beruk diorang nanti. Kalau aku cakap nak kahwin dengan Frank Lampard, habis kecoh satu kampung! "Oi orang kampunggg, cucu Haji Manah tu nak kahwin dengan orang putihhh!". Tak ke havoc nanti? Tapi, bila aku salam diorang, ada aje benda yang aku dapat. Err, faham-faham sendiri aje la ehh. Hihi :D
3. Menjadi babysitter yang tak bertauliah.
  • Aku memang suka budak-budak. Lagi-lagi babies. Sebab bau diorang best. Suci aje tanpa dosa. Tsk tsk. Insaf sekejap :'( So, aku babysit cousin aku, Dafina. Umi dia marah aku panggil anak dia ni DAFI. Muahahahaha :D

  • She's cute right? Tengok la kakak saudara dia nii. Muahahaha :D Susah sikit nak jaga dia ni. Asyik kena dukung aje. Kalau duduk, mula la dia 'menyanyi' -.-" Memang tak patah la pinggang aku ni kan. Adeh. Macam mana la kalau dah ada anak sendiri nanti? *berangan sudahh* :P Tapi yang aku pelik, aku suka buat dia menangis, bila dia pandang aku je, aku bagi jelingan maut. Terus pandang tempat lain, tak pun menangis. Wakaka :D

Erm, rasanya itu aje lah kot. Next post, aku cerita pasal wild class party aku okay. Bbye. Tc. Ly. xoxo
* Aku kena cari gali shoutbox aku balik. Sebab ada blogger yang bagi award dekat aku :)

19 comments:

FARHA said...

patut laa senyap jewk.

Amirah Rashid said...

hehe. skrg dh xsenyap dah :D

luvly mya said...

haha
patutla lama ilang
orang panggil u siti ke?
hehe

FyZa said...

alolo..comeynya baby..^^,

Matt said...

patutla lesap dik, blk kmpng rupenye, best kan jd babysitter hahah :Þ

ayisy said...

salam. duduk di kampung mmg best! huhu. 2 minggu lepas sy bawa member ke kampung sy. Seronok sgt. huhu.

Pasal SPM tu, dulu sy pun camtuh. Org sibuk tanya. Malu nak jawab sbb result tak best. Hehe. Tapi bila dah blajar kat IPG, takder org sibuk plak nak tanya pointer dpt berapa. Huh!

qamarguyz said...

salam ziarah..
siti pekab0? kui3! ;)
apa pulak tak pindah umah..layaout baru ni kan? umah baru la..huhu..
mesti banyak dapat hadiah nie..
tak nak share2 ngan abang ke?
huhE..

qamarguyz said...

salam ziarah..
pekab0 siti? kui3! ;)
layout baru kan? umah baru la nie..huhu..mesti banyak dapat hadiah kan.. tak nak share2 ngan abang ke?

Unknown said...

Comelnya..anak siapa gaangan sicomel ni...

si para para said...

jgn lama sgt menghilang..hehe

Shafiqah Omar said...

ahahah tu la, agak lama menyepi.

yeh2, crite la cepaat.

Unknown said...

ptutlah lama x nmpk? mcm2 aktivti sepanjang 6 ari ni! hehe ape2 pun tahniah jgk sy ucapkan!!! dan al-fatihah utk nenek sedara awak tu.... dn akhir kata klu xdpt frank lampard? nick lampard xnk ker??? wakakaka

Cikgu Dahlia said...

alfatihah...

patutlaa senyap jer...hehehe sekali post, penuh tuu..padat! :)

Nadia Sabrina said...

Oh, kiranya lama laa ya Akk berhijrah meninggalkan dunia blog Akk.:)
Akk, comella baby tu, cm Akk.:D
Akk feymes, hebattt ohh!:D
Haha.

Encik Psychopath said...

siti !

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhu, teringat kenangan muda2..
isap puting sampai sek0lah..
akhirnya kena tipu ngan abah, puting da kena telan ngan ular sawa (kebetulan ular tu masuk umah kat kampung time tu)..
hilang terus ketagihan puting.. ;0

Zikri Husaini said...

pin2... erm patut la senyap je..sejak akhir2 nie... wah bagusnya jadi baby sitter..

si para para said...

Frank Lampard tu...

Amir said...

cutenya baby tu. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath Anniversary tickers
 

Designed by 100 Web Hosting