Assalamualaikum wbt.
*Aku tak boleh tidur lagi. Sebab rasa tak tenang, risau, sedih.........
Entah la. Aku rasa macam bersalah dengan korang semua(pasal post sebelum ni). Bukan apa, aku dah sibuk-sibuk tanya korang pasal scholarship, and korang punya lah baik hati tolong aku yang tengah kusut masa tu. Tapi sekarang, dengan rasminya, aku cakap, aku tidak boleh memohon dua-dua biasiswa tu. Sebab? Adeh, terasa macam jantung aku ni kena cucuk-cucuk aje bila nak cakap pasal ni :'(
Kisah bermula apabila Aimi tanya aku pasal scholarship petang tadi. Aku cakap la aku belum apply mana-mana lagi. And she keep asking me which course I'd like to choose. Haih. Lastly, aku pergi web JPA and aku klik link yang berkenaan, tapi, bila nampak link Syarat-syarat kelayakan, aku pun klik la dulu. Kena la baca dulu kan. Aku tengok la satu-satu. All of sudden, tears rolled down through my cheeks. Kenapa? Sebab aku TAK LAYAK! Did you get it?
TAK LAYAK!
TAK LAYAK!
TAK LAYAK!
Semuanya sebab result Bahasa Inggeris aku. Kepada yang tak tau lagi, aku malas nak bagitau lagi. Pandai-pandai la nak cari eh. Sebab tu, bila orang cakap, "Wahh, 9A! Tahniah, tahniah!", aku senyum aje tanpa cakap apa-apa. Dia tak tau aku punya la sedih dalam hati. Arghh, dah, nanti orang kata aku tak bersyukur. Tapi korang tak faham apa yang aku rasa sekarang. Aku bukan nak mengejar biasiswa semata-mata. Sebab aku dah apply matriks and UPU. Tapi, orang kata, kita mestilah rebut peluang dalam hidup ni kan?
At first, aku ingat, result BI aku tu bukan la big deal sangat pun. Tapi, most of all pihak yang offer scholarship nak tengok English dulu. Yela, English kan word wide language sekarang. Plus, semua subjek dekat U pun dalam BI. Haih.
Tarikh tutup permohonan tinggal satu hari je lagi(sampai 17/3). So far, ayah aku cakap dia tengah usahakan untuk mempercepatkan semakan semula result aku tu. Sekali lagi aku rasa bersalah dengan ayah & ibu aku. Sebab aku dah macam menyusahkan diorang aje.
Cuba korang bayangkan, masa UPSR dapat 5A, masa PMR dapat 8A. Tapi, tiba-tiba, masa SPM tersesat satu D yang memang bagi impak yang BESAR dalam hidup korang. And ibu ayah korang sebelum ni punya la happy anak dia dapat straight A's, kena turun naik pejabat pendidikan sebab satu D tu.
*Adik mintak maaf ayah, ibu, sebab menyusahkan ayah dengan ibu :'(
Kalau ikutkan hati, aku nak biarkan aje result aku tu. Tapi diorang yang beria-ia nak buat semakan. Even Physics aku yg B+ tu pun diorang nak semak balik. Yang paling aku terharu, diorang sanggup pergi Putrajaya, hantar borang tu, BY HAND. And masa tu, aku orang yang ke-52 nak buat semakan semula.
Kalau hantar pos? Mahunye orang yang ke berapa ratus entah.
Apa yang aku harapkan, aku dapat yang terbaik untuk diri aku ni. Aku bukan nak mintak lebih-lebih, tapi aku perlukan sedikit perubahan. Insyaallah.
----------------------------------------------------------------------------
Okay, tutup cerita sedih tu. Aku nk share movie yang baru aku tengok Sabtu lepas dekat KLCC.
V3 - Samseng Jalanan
Erm, pendapat aku, cerita ni biasa-biasa aje. Sebab lebih kurang macam Remp-It dengan Adnan Sempit. Lagi pun, ramai yang kata cerita ni banyak yang tak logik scene dia. Entah la. Aku bukan reti sangat nak menilai movie ni. Lagi-lagi bab-bab rempit ni. Aku kan budak baik. Haha :P
Balik tu, aku singgah Mid Valleu sekejap, jumpa jiran lama from Kedah. Lepas borak-borak and ber-camwhore, aku pergi makan McD sekejap. Mengidam benda ni haa...........
Bubur Ayam McD
Hah, yang ni aku tak puas hati dengan servis pekerja dia. Aku mintak air lain, dia bagi air lain. Aku cakap, "Bang, kasi Sprite, large eh..." Lepas tu aku pandang sorang kakak ni isi air dalam cup, then letak atas dulang aku. Aku cakap la dengan Mieja(jiran aku),
Aku : Wehh, aku mintak lain, dia bagi lainnnnnn....!
Mieja : Cakap la nak tukar.
Aku : Huh. Takpelah(geram)
Aku nak tanya, Sprite dengan Coke Light tu adik-beradik ke? Sampaikan aku cakap nak Sprite dia boleh bagi aku Coke Light?
Adeh, aku tau la dua-dua air ni ada 'T' dekat belakang. Bunyi pun lebih kurang. Tau la aku tak power bab-bab speaking English ni(adehh, ENGLISH lagiii! Tension aku!). Tapi coke light tu pun tak sedap! Rasa lain macam aje. Sheesh. Nasib baik aku tak saman :D
Erm, okay la. Nak tido. Tetiba rasa mengantuk pulak. Byebye. Morning. Tc :)
19 comments:
bayakkan doa...insyaallah ada jalan yg terbaik...tiap yg berlaku tu ada hikmah....pasti...
rilexs.. blaja je mane2, sume ok je..
this is not the end.. jgn give up :D
Amirah, laa jgn la sedih sgt..kalo ada rezeki nak dpt biasiswa tu tak kemana..kalau tak pat gak..apply je yg lain eh..ok je..happy2 je yea..:)
coke light abg x pnh minum. tp diet coke penah la, rase cam minum gas je, tak rase air langsung, payau giler.tp dik jgn la minum coke, tak baik utk kesihatan. baik dik minum air dari minum gas2 beracun tu, huhuh :Þ
Mirah..
Ada hikmah tue..
Jangan salahkan diri..
Mesti ada rezeki lain..
Sila tunggu dengan sabar.. :)
sabar eh sis.try mntak utp la.ni wbsite die www.utp.edu.my.
alahai. sedeyh je abg bace.
Apa yang terjadi pasti ada hikmah nyer...Sabaryer...
mcm ni la. sy tau dan faham apa perasaan akak skarang - and i cannot offer anythg. I'm sorry.
All I can say is? usaha, usaha, usaha! u mst be strong. ada hikmahnya semua ni. tp akk jangan dok diam2. akk kena kuat! apa2 cara utk dapatkan pengajian yg lbh baik dn tinggi, akk cuba! even if it takes a million years pun, buatla. jgn putus harapan. never ever ever! doa. :) itu jgn lupa. Mintak Allah bagi rahmat, bg kesenangan pd akak.
Saya kat sini siapa, hanyalah budak form4 yang papa kedana xD, saya mampu doa aje utk akk. igt apa sy ckp tu, tsk.
sama macam kes Touya , Math tak dapat kredit . Memang susah nak maju ... kawan-kawan dah nak habis diploma Touya tahun depan baru leh minta diploma .
Just don't give up ... once you give up . Everything is over .
gurl jgn sday sday ok..sntiasa ingt Allah lah yang paling tahu ape yang terbaik untuk kte ok..bnyk bnyk doa..insyaAllah Allah sentiasa dgr ape yg hamba die mohon :))
Kak Amirah!
YA ALLAH,
Akk jgn sedih-sedih tau!
INSYAALLAH, segala apa yang Akk hajati dimakbulkan ALLAH S.W.T.:)
AMINAMINAMIN.:)
Akk kne bnyk-bnyk bersabar tau!
ALLAH S.W.T. pasti akan mengaturkan yang terbaik buat hambanya.:D
INSYAALLAH, Akk akan berjaya.:D
ape2 pun sy doakan semoga dorg silap buat semakan! dan doakan awak dpt A balik! amin... mmg kdg2 dorg silap semak ape2 pun sabar ok? ha! sian awk coke light dorg kasi? hehe ape2 pun sedap ke dua2 air ni sy x pnh rasa lagi.. hehe
mirahh byk kn bersaba ehhh. mungkin DIA nak bg yang lebih baik ;)
weyhh, jangan lah sedihh.
it's not the end of the world. banyak lg yg kau blh buatt. result kau dah ckp bgs dah. :)
apapun keadaannya adik ken syukur tau..dah terbaik tu..pasti dapat juga genggam kejayaan. Esok2 masuk mana2 ipta ingat pcik tau. Bantu pcik bagi tip2 tuk berjaya.
Adik buat catatan ringkas ke laman adik pas tu pcik copy..hehe jan lak marah..saya nak promosi laman adik pada puteri saya ya. Insyaallah nanti dia follow ya
byk2 bersabar ye.. insyaALlah ada rezeki, byk peluang dr Allah :)
sile bersbr bro.. ade la hikmah nye 2..okehh
Post a Comment